I 've sent about a hundred wedding & honeymoon photos to be printed last weekend since we received a lot of albums as gift during our wedding months ago. I've put the wedding photos in this album which is my most favourite wedding album of all, given by cik Nadiya my ex-roommate yang paling comel dalam dunia.
Gambar-gambar honeymoon je belum sempat-sempat nak letak dalam album. Oh ok so tomorrow, encik husband & I will be going to Kuala Terengganu for 1)our second honeymoon & 2) to attend Fitri's weddding & if possible, Ana's wedding at her husband's side too & of course 3) to borong kaftan & keropok lekor.
These are a few pictures of the hipposfeeding-seeing session with my brothers last weekend.
Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
***
- Saya sudah berkahwin dengan lelaki pujaan hati saya selama 6 bulan.
- Saya berkahwin dalam bulan Jun.
- Saya bakal melahirkan bayi saya, insyaAllah di dalam bulan Jun juga.
- Pagi tadi, saya ingin bersarapan roti sardin di restoran mamak pilihan saya tetapi tidak berpeluang kerana terlalu ramai pelanggan di situ.
- Saya dan suami telah keluar ke Jusco yang terdekat dengan rumah kami selepas selesai bersarapan.
- Suami saya telah berjaya membeli sepasang kaca mata hitam aviator yang agak mahal.
- Beliau kelihatan seperti seorang mafia (pada pandangan saya) bila memakainya.
- Saya juga tidak mahu ketinggalan dan saya juga telah berjaya mendapatkan sepasang kaca mata hitam tetapi yang murah di Vincci.
- Saya & suami saya sedang melayari internet di rumah mertua saya dan kami masing-masing sedang membuka Facebook.
- Jumlah rakan suami saya di Facebook telah menyamai jumlah rakan saya walaupun beliau baru juga menyertai komuniti Facebook itu.
- Saya berterima kasih kepada suami saya kerana menghadiahkan laptop beliau kepada saya kerana beliau ada laptop baru yang lebih canggih.
- Suami saya sedang bengang kerana gaji beliau masih belum masuk lagi setelah memeriksa akaun Maybank2U beliau.
- Saya akan bercuti sehingga hari Isnin ini.
- Saya sedang kelaparan ketika ini. Walaupun saya baru saja makan tengahari pada jam 2 ptg tadi.
- Saya pasti suami saya juga sedang kelaparan kerana beliau tidak makan tengahari tadi, cuma minum teh ais sahaja.
- Dan saya mahu mengajak suami saya pergi makan sekarang juga.
- Aunty Athirah
- Aunty Aida Ngadiso
- Aunty Asnaida
- Aunty Aliza
- Aunty Anem
- Aunty Hida
- Aunty Erin
- Aunty Fathiyah
- hingga 16. dan semua aunty-aunty/uncle-uncle yang merupakan rakan kepada Mama Mizah.