Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lilypie

Tuesday, June 30, 2009

My Tiny Baby

Ok, I'm actually waiting for my baby to wake up for her feeding time, so here goes another entry. :-)

Tak sabar nak tunggu Humaira besar sikit. She's soooo tiny - her birth weight is 2.55kgs btw - semua baju yg Mama beli dia belum boleh pakai. So, sekarang ni dia pakai 5-6 helai baju yang sama berulang for these few weeks (yang Nenek belikan lepas dia lahir haritu). Baju-baju pink & flowery yang comel-comel tu semua baby tak muat lagi nak pakai. Hopefully she can start wear those in a month time. Kesian baby.. Nasiblah encik husband selalu ingat-ingatkan masa pregnant dulu jangan beli baju newborn banyak-banyak sangat, sebab tak sure lagi baby besar mana.

Sleeping pose 'Sayalah Juara'
Pandai peluk bantal dah? Ni kerja my sister!

Humaira sangat suka tanggalkan mittens dia. Kuku dia dah panjang & I haven't trim it yet (jari sangat halus Mama takut nak potong). Lepas tu nanti bila Mama dia check mulalah ada 2-3 scratches kat pipi dia. :-(

Ok, she's crying now. Bye.

P.s: Ana, muka memang muka Papa dialah, part yang sama dengan Mama tu, kening yang ada tak ada (bak kata Umie). Hehehe. Trademark tu!

Wednesday, June 24, 2009

Confinement period : 12th day updates

Last Sunday, June 21, 2009 was our 1st wedding anniversary. Alhamdulillah, a year journey together as husband & wife, we've been blessed with the birth of our precious Izzah Humaira.
Will definitely find some time to celebrate it with the husband after I finish my confinement period. Mesti!!! :-)

And yesterday was my 26th birthday. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALlah untuk bernafas & meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Boleh tak sebenarnya semalam tu macam ingat tak ingat birthday sendiri? I woke up to a few birthday wishes on my phone in the morning. Thanks so much everyone for remembering my birthday. Ingatkan dah tua-tua ni (ecewah tua ke?) dah takde orang ingat dah. Encik husband bought a chocolate cheese cake the other day. Sempena 4-in-1 celebration katanya = 1) our wedding anniversary, 2) birth of Izzah Humaira, 3) my birthday 4) Father's Day. To my beloved office mate Dila & Aza, dun worry, aku akan menuntut kek besday ku bila aku pulang ke ofis nanti ye? :-)

Alhamdulillah, setakat ni badan memang sihat dah. Jalan pun dah laju. Berpantang setakat ni ok jek. Takdelah pantang teruk-teruk sangat. Kalau setakat tak sentuh ais dan makanan-makanan yang berunsur sejuk tu tak kisah pun. Nasib baiklah mak saya tak sestrict mane pon. Even my abah pun kata, apa yg memberi tenaga semua kena makan, sebab masa ni badan lemah-lemah lagi. Kalau pantang ni pantang tu, macam mana nak baik cepat. Surprisingly, since 5 days ago, everytime I weighed myself, I found that I would be 0.5 kilo lighter than the day before. Seriously!!! Maybe sebab galak breastfeed kot? Hehe, tak taulah. Setakat ni, berat baru turun 52.5 kilos. Need to get back to my pre-pregnancy weight which is 46kilos. Hopefully I'll be able to achieve that!!! :-)

Updates on Izzah Humaira:

Sangat suka hisap jari....
dan pegang telinga..
One of her favourite sleeping pose.. pipi tembam macam Papa.
Syoknya tidor sayang..
"Mama! Janganlah kacau saya!"

Oh, semalam Papa Humaira dah pergi register nama baby kat JPN. Encik husband kata kat baby semalam, 'Ha, sekarang nama baby dah memang betul Izzah Humaira, dah official dah, takde tukar-tukar lagi dah'. Hehe,bestnya tak sabar nak tunggu myKid Humaira siap.

Ok, till then.
My precious baby

Friday, June 19, 2009

Izzah Humaira binti Mohd Faiz

First & foremost, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Saya dah selamat melahirkan buah hati pengarang jantung kami berdua hari Sabtu lepas, 13 Jun 2009.

Pengalaman melahirkan Izzah Humaira memang takkan boleh dilupakan sepanjang hidup saya. And yes, betul-betulah jangkaan yg baby akan keluar 2 wix earlier than the EDD. But not because I had the labour contraction at the first place. I was induced sebab doc kata air ketuban sangat kurang.

I went for another regular check-up at An-Nur on Thursday, June 11. We were sooooo relieved when Dr Kham told that the baby dah engaged & in good condition. Uri pun ok. But.. air ketuban terlalu sedikit. At first, I was like, em tak kritikal sangat kot air ketuban sikit & rasa pelik jugak sebab two weeks earlier the doc said air ketuban cukup. She explained more and I won't ever forget that moment when she said, 'Air ketuban kamu sikit sangat ni, doctor tengok baby pun dah matang, so I would suggest for you to be induced today'. That was so unexpected! Masa tu, Tuhan je yang tau macam mana perasaan saya (and of course encik husband's too) sebab kami totally tak prepare untuk saya beranak hari tu dan dan tu jugak. Dr Kham then asked me to lie down & checked for the cervix dilation. Memang takde bukaan langsung. :-( See, I wasn't having any labour pain or contraction at that time. Macam mana nak beranak? She sent me upstairs to the hospital for CTG monitoring untuk tengok heart beat baby & contraction. Masa on the way naik atas ikut nurse tu, saya dah nangis dah kat encik husband sebab saya rasa takut sangat.

Oklah. Bila dah selesai CTG monitoring, kami turun ke klinik balik untuk jumpa doctor. Dr Kham memang suruh induce either haritu (Thursday) atau Friday, not later than that. Kami mintak dia buat referral letter ke Labour & Delivery Hospital Putrajaya untuk dapatkan second opinion. Hehe, dahlah pakar yang check nak jugak tu second opinion. Tapi, AS EXPECTED, Putrajaya boleh pergi bagi saya appointment date next week ok! Dahlah saya tak jumpa langsung pun mana-mana doctor, tunggu punya tunggu doc habis makan, lepas tu senang-senang bagi appointment date untuk checkup next week. Masa kerani kaunter O&G tu panggil balik cakap datang next Tuesday, saya rasa macam bengang giler. Hello? Mane doctor at least checklah dulu aku ni ok ke tak kritikal ke tak nak beranak. Memang frust giler dengan Putrajaya Hosp, lepas ni memang ban jelah. Balik dari hospital tu memang kami berdua perasaan bercampur baur, nak induce ke tak? Sebab saya langsung tak sakit nak bersalin. My mom kata, pergi jelah An-Nur, induce pun induce la asal baby selamat. Mama Faiz cakap macam check dulu kat klinik lain, tapi yg suggest tu pon dah pakar. Kalau tanya doctor kat klinik biasa pun, rasa macam tak berbaloi. Malam tu tak payah cakaplah, saya nangis nangis nangis tak henti-henti, lepas solat nangis, masa makan mengalir air mata, sampai encik husband susah hati giler. Malam tu jugak kami decide buat the best for our baby - admit ke An-Nur hari Jumaat esoknya. I kept on saying to the baby, 'Mama tak kisahlah sakit macam mana pun, asal baby selamat'. Resah gelisah di hati kami berdua malam itu, Allah saja yang tau.

Chronology of Izzah Humaira's Birth

So, the next day, Friday 12th June, awal pagi lagi dah bangun nak bersiap ke hospital. Pagi-pagi tu dah packing baju & barang-barang lain untuk bawa balik Seremban. Mulanya ke klinik, untuk bagitau Dr Kham respons dari Hosp Putrajaya.

10:00 am - Saya isi admission form & lepas tu nurse tunjuk bilik. Dalam hati rasa macam tak percaya je hari tu saya akan bersalin. Oleh sebab belum breakfast, saya mintak permission nurse nak turun makan dengan encik husband. Mula-mula nurse tak bagi, sebab doc suruh pasang CTG tu dulu. So, buat CTG monitoring dulu. Masa makan, saya cakap kat encik husband, ni last nak minum ais before berpantang next week. Rileks jugaklah masa tu sebab encik husband suruh jangan sedih-sedih jangan risau-risau nanti kesian kat baby.

12:00 noon - Encik husband balik rumah ambil barang-barang & solat Jumaat. Masa tinggal sorang-sorang tu, saya jadi risau & takut balik sebab semua yg jadi dalam masa dua hari tu datang tiba-tiba sangat.

02:30 pm
- Dr Kham datang untuk induce saya. She said, 'Ok I'll see u again in the next six hours'. Masa tu rasa macam oklah, tak lama lagi dah ni nak bersalin. So, saya tidur.

03:30 pm - Encik husband sampai wad & kejutkan saya. Masa tu dah mula rasa sakit, macam period pain yang masih boleh ditahan. So, sambil baring borak-borak dengan dia, saya cakap, 'Sayang, tak lama je lagi boleh jumpa baby kita!'. Contraction masih bearable for a few hours.

07:30 pm - Dah mula rasa contraction pain yang amat sangat. Masa tu, saya ingat sure dah dilate at least 6-7 cm.

08:30 pm - Dr Kham datang. Sangat terkejut bila dia cakap saya baru dilate 1cm!!! Ya Tuhan, sakit masa tu dah tak tau nak cakap macam mana. Saya try tidor, sambil banyak-banyak selawat dan zikir. Encik husband pun bacakan selawat, usap-usap kepala & perut sambil cakap kat baby suruh cepat-cepat keluar sebab Mama dah sakit sangat dah. Berjurai-jurai air mata dah keluar masa tu. At the same time, Mak & Mama & family members dah banyak kali call & sms tanya, 'Mizah dah beranak ke belom?' :-(

11:00 pm - Dr Kham datang lagi, check dilation. Still 1cm!! Ya Allah Ya Tuhanku! Dr bagi two option untuk kurangkan sakit - painkiller jab or epidural. Saya cakap saya taknak epidural, so saya setuju amik painkiller jab. Doc & midwife banyak-banyak kali bagitau saya, anak first memang lambat nak dilate.

11:15 pm - Nurse datang bagi jab. Saya cuba menunggu waktu sakit tu kurang sikit, tapi tak rasa kurang langsung! Jab tu tak bagi apa-apa kesan. 2-3 kali pergi toilet cuba nak buang air, sebab macam rasa nak membuang, tapi takde ape pun keluar. Masa tu, saya pikir, Ya ALlah, payahnya nak bersalin ni. Rasa insaf sangat bila fikir macam manalah Mak masa beranakkan saya dulu.

11:30 pm - Saya berjaya tidor tapi terjaga bila Abah & Nana datang. Saya takleh nak cakap apa-apa pun kat Abah sebab terlalu sakit. Nana stay temankan saya malam tu.

01:00 am - Midwife datang check dilation, masih 1cm jugak! :-(

01:30 am - Saya ke toilet lagi. Hampir nak pengsan sebab sakit sangat. Kesian encik husband, dia serba-salah tengok saya sampai apa dia cakap pun saya rasa tak nak dengar. Masa tu saya dah takut giler & dah mula terfikir saya perlu kena caeser ke? Saya cakap pada encik husband, saya tak tahan sangat dan nak epidural. Encik husband keluar panggil midwife, midwife kata epidural cuma boleh diberi bila dilation dah 3cm.

02:00 am - Rasa macam ada air keluar. Saya suruh encik husband check sebab ingat air ketuban dah pecah. Cuak sangat bila dengar encik husband kata, 'Ya Allah!' dan lepas tu dia cepat-cepat lari keluar panggil nurse. Midwife datang, check dilation, dah 3cm! Kena bawak turun pergi labour room. Banyak jugak darah turun, masa saya turun katil nak duduk atas wheel chair tu, saya hampir pitam. Masa nurse tolak turun ke labour room, saya dah macam high dalam kesakitan. Masa tu saya cuma pikir yang saya terpaksa dibedah. Masuk labour room, saya baring dan tanya encik husband, 'Yang, saya nak kena caeser ke ni?' Lega sangat hati bila dia cakap, 'Taklah sayang, mana ade caeser, dah ada bukaan kan ni'

02:15 am - Kesakitan makin menjadi-jadi. Nurse pasang CTG lagi sekali. Masa tu rasa nak marah je kat nurse sebab saya dah sakit giler nak pulak pasang macam-macam kat perut saya. Time tu baru saya rasa mamai nak tidur kesan dari painkiller jab tadi. Tapi sakit still sakitlah. Cuma mamai dalam sakit. Hehe.

03:00 am - Pakar bius sampai. Dia tanya saya pernah dengar talk on epidural tak? Saya sempat lagi cam muka dia sebab dia pernah diinterview dalam artikel epidural Pa&Ma magazine last month. Saya memang dengar tak dengar (mata dah terkebil-kebil menahan mengantuk dan sakit) masa dia explain tu, cuma mengharapkan encik husband memahami semua yang dia cakap. Yang cuma saya ingat, dia cakap nanti saya akan rasa kebas dari bahagian abdomen ke bawah. Itulah yang saya tunggu-tunggu.

03:20 am - Saya still rasa sakit! My tummy & legs didn't feeling numb at all. Berkali-kali saya tekan button untuk tambah dosage epi (sebab doctor kata kalau sakit sangat tak tahan tekan button tu so another few dose akan dimasukkan) tapi takde kesan langsung. Encik husband tabah lagi berada di sebelah saya sampai dah tertidur-tidur. Kesian sayang!

03:45 am - Dilation dah 6cm!

04:00 am - Dr Kham datang. Dia memang pandai budget time saya bersalin. Tak sure pukul berapa saya dah fully dilate, tapi proses meneran rasanya lama jugak, sebab takde skill. Hehe. I've never attended any antenatal class, so macam payah sikit nak buat konsep meneran dengan betul. (Yana, aku tak jadi 2 kali teran) But seriously rasa macam dalam acara lumba lari jarak jauh sebab encik husband, doctor, midwife & nurse - semuanya bersemangat = 'Boleh Mama boleh!', 'Sikit lagi sayang, sikit lagi!', 'Good, good!', 'You can do it Mama!'

...dan akhirnya, setelah berhempas pulas meneran & menahan kesakitan...

04:48am - anak pertama kami, Izzah Humaira selamat keluar melihat dunia, Alhamdulillah. :-)


Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tersayang, Encik Mohd Faiz Mohd Najib yang sangat memahami keadaan saya sepanjang saya mengandung anak pertama kami, tak putus-putus memberi dorongan & sokongan, bersusah payah melayan kehendak & permintaan saya yang lebih mengada-ngada sikit especially towards the end of my pregnancy period. I love you more than anything, sayang! Dan encik husband juga sama-sama bangun tengah-tengah malam 2-3 kali tiap kali baby nangis nak susu atau tukar diapers. Hehe.

In the morning, seawal jam 11:30 pagi, my beloved Ruby girls (ecewah!)- Shera, Eliza, Nurul dah sampai visit Mama & Baby. Dila & family and Aza pun datang petangnya. The next morning, just before I was discharged, Athirah pun datang visit. Ohh Baby dah dapat play tent!! Thanks a lot to you guys for coming & everything. Encik Faiz & I really appreciate it! Tak sampai sehari umur baby dah ramai datang jengok dia. Oh esok hari, pagi & petang ada sahabat nak datang melawat juga. Can't wait!

I would like to apologize to the friends yang lambat tau pasal kelahiran baby ni. Cuma mengharapkan my husband mewar-warkan pada rakan-rakan yang ada dalam hp dia. Sorry ok guys. ;-) Thanks so much to everyone for the smses & calls.

Updates on Mama & Baby:
  1. I have been breastfeeding the baby as early as an hour after she's born until now. Syukur Alhamdulillah, my milk supply setakat ni tak mengecewakan. Hari ketiga mula rasa dada membengkak yang amat. Sakit sangat. Tapi lepas tu ok. So far so good. Sekarang ni, kalau lambat sikit breastfeed baby/pump susu, memang basahlah baju susu banyak sangat keluar. Masa sejam lepas bersalin tu, bila nurse bagi baby suruh susukan, saya agak was-was ada susu ke tak. Rupanya ada, cuma masa tu belum betul-betul susu, baru air susu je.
  2. Baby kena jaundice! Semalam admit ke ward, kena letak bawah lampu & drip, sebab kuning dia dah teruk sangat! Sepatutnya, ada appointment untuk check jaundice di An-Nur on Wednesday. Tapi, kitorang tak pergi pun sebab Mama macam tak larat dan kami tengok kulit baby ok je. Bila bawak check, rupanya the jaundice level dah tinggi, walaupun kulit dia nampak tak kuning pun. Sedih sangat tengok baby, satu malam Mama asek nangis kat Papa sebab teringatkan dia sorang-sorang tinggal kat nursery. I didn't stay with her at the ward, since we sent her to Salam (Senawang Specialist Hosp), just in front of my mom's housing area di Lavender Hgt ni, 2 minit je dari rumah. Ok, totally tak rekomen hospital ni! Gilalah caj melampau, baby saje duduk ward pun kena sampai RM800++! Boleh tak mula-mula nurse tu pergi mintak pampers kat kitorang? Hello? Punya aku bayar mahal-mahal kat sini, pampers pun korang takleh provide ke? Nursery An-Nur 5 kali ganda lagi cantik & well-equipped dari sini. Gilalah, nasib Mama dia tak amik satu bilik jugak. Baik lagi masuk KPJ (Seremban Specialist Hosp) or Columbia Asia. Dila dulu masa Yusuf jaundice, 4 days stay lagi dengan private room di Columbia, total RM1300. Eiiiyy menyesal tak ikut cakap Mak suruh gi Columbia. Takpelah, nanti claimlah kat Bank. Baby dah discharge tengahari tadi. Happy sangat dapat bawa baby balik. Malam ni dapatlah Mama tidur dengan baby balik.
  3. Mama dah sudahkan berurut 3 hari dah, seawal hari ketiga dah kene urut! Ingatkan nak tunggu seminggu, tapi paham-paham jelah mak-mak kita ni. Lepas tu, kalau my mom nampak je kaki tak berstokin, mulalah dia berleter. Hehe. Bengkung tu semalam dah ngelat dah tak pakai. Tengoklah macam mana, kalau ikutkan Mak, sampai 40 hari kena berbengkung. Argghh!!
Her 4th day (a.m)
Her 4th day (p.m)
Her 7th day (today) - lepas discharged, tengok Auntie Shera, Mama dah pakai dah hadiah Auntie. Mama suka giler tau!

Eh oklah, penatnya menaip. Esok kita sambung lagi, ok?

Monday, June 08, 2009

Into the 38th week

Salam guys. :-)

Sorry again for my long silence. I'm still here, selamat & sihat walafiat with bigger belly day by day! I'll go for my final checkup this Thursday. Hopefully semuanya ok. The last time I checked, Baby Girl's weight is approx. 2.5kgs. Tadi both of us MC, encik husband sakit tekak & saya sakit kepala+sakit tekak=kurang sihat sebab susah nak tidur malam sekarang. Last week pun ada sehari MC, rasa Braxton Hicks yang sangat kerap dan lebih sakit. Sampai mak pun dah risau-risau ingat saya nak bersalin dah, asyik call 3-4 kali.

My latest pic at a cousin's wedding last weekend.

And we have been staying at our new house for 10 days now. Alhamdulillah, everything turned out to be very ok here. Masih dalam proses pengemasan rumah. Semalam dah selesai sesi membongkar hadiah-hadiah kahwin setahun lepas & susun dalam kabinet. Rasa happy sangat hari-hari balik kerja sekarang ni ke rumah sendiri, dan yang paling penting dekat sangat dengan ofis. Tak perlu lagi meredah jem dan tol yang ber-ringgit-ringgit hari-hari. Oh and encik husband has been sending me to & picking me up from the office everyday now since last week. Yeay, merasa jugak nak dihantar ke ofis hari-hari oleh suamiku.. :-) hehehehe. Dapur pun dah berasap, hehehe. Tapi mengasapkan lauk-lauk yang diberi oleh Mak.

This week kalau boleh nak settlekan semua kerja-kerja yg pending kat ofis. Manalah tau kalau Baby Girl tiba-tiba nak keluar awal seminggu dua pulak kan? ;-) Papa & Mama dia pun dah tak sabar nak jumpa dia ni. Walaupun Mama sebenarnya sangat cuak dan risau menunggu waktu itu tiba. Thanks a lot to you guys for the wishes & soothing words. I really appreciate it! Love you guys!

My favourite Adham dah dapat adik hari ni! My SIL, Kak Azreen gave birth one month in advance to Mohd Ashraf Hilmy at 3.45pm today. Alhamdulillah both baby & mommy are fine & in good condition. Kitorang dah cuak jugak dah pagi tadi bila Abg Faris sms bagitau Kak Azreen dah masuk ward nak kena induce, sebab high blood pressure. Adham mesti happy & excited giler ok dapat adik ni! Tak sabar nak jumpa diaorang tapi nampak-nampaknya macam Raya nanti kot. Tadi dah tunjuk gambar baby Ashraf kat Baby Girl (tunjuk kat perut je) so Baby Girl dah kenallah cousin dia.

Eh ok, nak tengok Prison Break! Till then. InsyaAllah one more post before I give birth ok? :-)