Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lilypie

Thursday, July 30, 2009

Of so much things

Finally!

Ok I need to type this quick before Humaira wakes up.

Tensen ok takde internet kat rumah ni. Arggh! I am in need of a decent internet connection in this house soonest possible! Sekarang ni cuma boleh mengharapkan ihsan Celcom 3G broadband encik husband je untuk online. Yang terhad pada waktu malamku yang tidak sibuk dengan menatang baby Humaira - iaitu bila dia tidur dengan nyenyaknya seperti sekarang ni. Dah gatal-gatal tangan nak online shopping untuk baby.. hehe. Eh ok baru teringat nak kena bayar bil & loan kereta. Huhuhu ;-)

I'm back in Puchong since last week. Handling the little lady + house chores alone? Waahhhh memang sangat mencabar! Letihnya masyaAllah menjaga baby bila dia meragam, Ya Allah Tuhan saje yang tau. Especially bila dia mengganggu tidur Papa & Mama for several nights since we got back here. My mom, masa first day kami balik ke rumah sendiri ni, sampai 5 kali ok call tanyakan cucu dia ok ke tak, ade kena gigit nyamuk ke tak. Punyalah risau dan rindu kat cucu kesayangan dia ni. My confinement period ended last weekend. Itupun hari ke 42 dah selamat berjalan jauh ke Manjung to my brother in-law's house for kenduri. And we met Muhamad Ashraf Hilmy for the first time! He is Adham's little brother who was born only five days earlier than Humaira.
Lil Humaira & Hilmy
After the Isya' prayer. Masa ni semua tetamu tengah sibuk makan dan suasana sangatlah bising tapi rilek je si kecik dua orang ni tidoq

My baby ni bila di rumah orang kan elok je tidur dengan lenanya dan aman je rasa Mama rasa, senang nak bawak anak dara sorang gi jalan. Tapi, kalau kat rumah ni, bila Mama tutup fridge je atau jalan pakai slipper tu terkuat sikit bunyi seretnya kat lantai, dia sure terkejut. Nasiblah tak nangis. Oh haritu ke Manjung naik kereta Tok Abah dia, elok je Alhamdulillah tidur di atas pangkuan Mama sepanjang perjalanan. Mula-mula konon-konon je Papa dia & Acik Lina dia nak gilir-gilir pangku, tapi last-last Mama jugak yang tabah sampai ke akhir. Sampai sakit-sakit pungkoq. By the way Sher, comforter yg kamu bagi memanglah sangat berjasa padaku buat tempat tidur baby, merata aku usung, lagi-lagi bila travel tak bawak kereta sendiri, lecehlah nak bawak bakul bagai. Humaira was 3.8kgs on her 40th day. Tah-tah harini dah 4kg pun. Dia dah makin berat! Dan dia sejak seminggu ni dah macam pandai melayan cakap Mama. Senyum & gelak pun macam dah pandai sikit-sikit. The below vid were taken just before dia nangis-nangis-nangis sebab perut kembung. Patutlah nampak macam tak selesa je baby ni. Cian anak Mama..


Housewarming memang tak sempat nak buat sekarang, maybe sekalilah dengan open house Raya. This coming weekend ada kenduri kesyukuran sempena pindah ke rumah baru ni, cuma mampu menjemput close relatives je disebabkan ruang rumah yang terhad. Nanti open house pun nak kena buat 3 kali - 1 untuk family & relatives, 1 untuk kawan-kawan SSP (ini memang kena buat asing ok!) dan 1 untuk kawan-kawan UTM. Eh alamak lupa lak ada kawan-kawan RHB, IBIL, Shah Alam. Nampaknya berhari-harilah open house nanti ni. Sabtu ni pulak, my Sedundun girls nak datang visit dan membuli babyku bak kata Suraya. Tak sabar nak jumpa korang pleaseeeee!!! Yeay!

My weight? Dah turun ke 50kg. Bilalah nak hilang lagi 4 kilo ni? Tapi yang penting, jeans kebanyakannya muat lagi, which means bahagian abdomen ke bawah masih ok. Hehe. tapi betullah jangkaanku kebaya-kebaya & shirt & blouse kebanyakannya dah tak muat sebab ketat di bahagian dada. Arghhh! Menyesal beli baju-baju yang agak sendat before ni (read: muat-muat). Nampaknya kenalah shopping baju kerja next week. Tak best giler ok next 2 weeks dah nak start kerja balik. Em baby ni pun tak cari lagi nak hantar mana. Ingat nak hantar nursery depan rumah ni, nak survey sikit yang mana satu ok. Kesian baby..

Ok ok till then. Esok first time kitorang nak bawak baby keluar nak beli groceries & etc. Hopefully baby ok & tak meragam. Wish me luck! :-)
First time baby jalan jauh - on our way back to my kampong with my parents, baby kena duduk dalam basket.

Tuesday, July 14, 2009

Humaira - 1 month

Wow. When was my last entry?

So, Humaira is already a month-old. Alhamdulillah, she's getting healthier (badan makin sehat!) & tembam, tapi takleh lawan Zayyan kamulah, Mek. Not really sure how much she has gained now, since I haven't bring her to the clinic for any checkups. I think she's already 3kgs, sebab bila naik bathroom scale kat rumah ni dengan dukung dia adelah minus plus 3kg. Hehe. Sangatlah tak accurate kot!

Ini gambar close-up. Jangan terpedaya dengan lengan yg nampak gebu tu sebenanrnya baru sama panjang dengan sejengkal tangan Mama.

Memang anak Papa pipi tembam!

Oh and sadly, I'm still over 50kgs!!! 51kgs to be exact! Bilalah nak turun ke 46kilo ni? Haha yelah tu, makan nasi pun kadang-kadang lagi banyak dari encik husband. And I've skipped wearing the bengkung since like the 8th? or 7th day berpantang. Arghh!! Body shape pun adelah dah lari sikit. Ecewah nak jugak sikit tu! Especially my bust. Tadi saje try balik kebaya nikah, ok muat lagi (suke!) tapi ketat giler di bust area. Habislah semua kebayaku! Pinggang pun dah tambah 2-3 inci. Pinggul? Sangat tak percaya bila Kak Maz, my tailor cakap, "Eh, takdelah besar pun". Muahahahaha. But I won't tell the number. Yahoo!! dan suke jugak sebab baju raya dah berjaya ditempah! Jadilah akak melaram tahun ni!

We'll be going home (to our own house) this weekend. Sangat tak sabar but at the same time I'm a bit worried sebab tak sure how we are going to adapt with everything with Humaira around. Hopefully everything will turn out fine, InsyaAllah. Rasa macam sedih jugak nak balik sana sebab kalau kat rumah Mak ni, senang hati sikit kalau Humaira meragam, dia tau je nak pujuk cucu kesayangan dia tu. I'm pretty sure my mom will be a bit sad with us going back to Puchong sebab lepas ni, bila dia balik dari ofis petang-petang, dah tak dapatlah dia nak peluk ciom gomol cucu dia tu.

Reading Pero's comment in my earlier entry membuatkan saya tergelak besar!Anonymous
Pero said...

mizah!!!

aku mimpi baby ko semalam.aku mimpi aku ambik die dr faiz nak dokong.skali baby tu meronta-ronta then pelepek jatuh.baby pun nangis.ko pun marah faiz sbb bagi kat aku.ko ckp nanti aku dpt baby ko nak balas dendam.wahwahwah...

7/14/2009 8:37 AM

Ini membuatkan aku takut nak bagi kamu pegang baby aku! By the way, mimpi kamu memang lawak giler, aku terbayang-bayang muka ko sekarang ni ok!

Ok, till then, nak tidur dulu.