Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lilypie

Friday, January 15, 2010

Moved Out

Hi all!

I'm moving out to my Wordpress blog. Visit me at I Tell You. Thanks!

Tuesday, December 08, 2009

A short note on Baby Humaira

I've been putting my blog into an abandonment period. I dont know but I feel that I've slowly lost my interest in blogging. Or maybe I have no time to put my hands on the keyboard anymore now? Hehehe. Ok saje buat gempak ni. Yeah I know ini blog sudah bersawang punya tebal dan berlabah-labah dah. Oh ye ade a few of you guys datang singgah mengemas (bak kata Dina) haha and yang konfem sorang lagi tu Pero.

Soooooooo much things happened since my last entry. And at the moment as most of u guys knew, Humaira has chickenpox! It was last Tuesday when I picked her up at the nursery & the babysitter said that Humaira maybe caught chickenpox. And there I saw my baby's face with red spots all over. Masa tu tak banyak sangat lagilah but I was quite shocked how quick the rash spread sebab pagi-pagi when I sent her takde langsung apa-apa kat muka dia. Ok I found one blister on her back masa tukar pampers dia that morning but thats it. Takde rash or whatsoever kat lain-lain tempat. We went to see the doc that night. Kesian sangat tengok dia so restless the first night asek merengek & tergaru-garu kepala dia so we put her mittens on, takut luka jugak kepala dia kang. Oh on the scalp la paling banyak sekali memang risau gilerlah kitorang tengok. I searched about chickenpox in babies, and I get to konw that when it got into babies under one year, it will be a very mild condition. And yes I see that Humaira's condition is getting better in just two days. Better in terms of dia tak nampak restless as the first night she got it & dah tak tergaru-garu & tak cranky dah. Pagi tadi dia bangun awal sangat (around 8.30am) - awal lah bila dikira hari cuti; both of us on leave sebab Mama menjaga baby ( I slept at 3 last night) & Papa sebab dia kerja malam semalam. Ya Allah nyaring sangat mulut dia membebel-bebel nak suruh kitorang bangun layan dia. Kejap2 kang kepala dia dah menyondol my back, kejap-kejap kaki dia tendang-tendang perut kita. Anyway macam nilah dia sejak 1-2 minggu ni bangun lagi awal dari Mama & Papa pastu bising & nyaring gilerlah mulut dia tu cakap macam-macam.. well as in cooing & babbling. You see, she inherits the loudness & maybe the kepohness from me of course. Haha.

Em ok. Dah pukul 3 pagi. Better get to sleep now sebab esok ada alarm-baby akan kejutkan saya seawal-awalnya. I miss you guys!

Tuesday, October 27, 2009

Curi-curi masa

Nowadays I hardly have the time to be online, I mean really online like checking on my FB & personal emails regularly, apetah lagi nak mengupdate belog ni. Kat ofis semua benda pon kena block so memang takdelah nak berFB & whatnot.

Humaira's sleeping patern pun nampak dah consistent sekarang. Around 8p.m / after Maghrib, she would fall asleep while being breastfed. And she sleeps thru the night. :-) Fuuhh!! Dan cuma akan bangun once or twice bila Mama dia nak tukar pampers dia / bila lapar nak susu. Itupun mata pejam tapi mulut tu merengek.And yes, I'm still breastfeeding until now. Alhamdulillah, susu badan masih ada walaupun pengeluaran tidak seproduktif dulu.
Makin banyak cakap dan menyembur (buat bubbles dengan air liur)
Baby sakit mata masa ni, cian anak Mama. Sama time lah pulak sakit mata dengan Ucup & Mama Ucup
Still belum pandai meniarap sendiri. Its ok baby, Mama will wait for that moment ok?
Tapi dah boleh angkat kepala tinggi dah. Steady je baby Mama ni..
Dua orang buah hati pengarang jantung saya yang tembam

Ok. I have lots of things to tell. So randomly..
  1. Dah book flight ticket ke Medan untuk holiday bertiga! (wah baby dah besar leh bawak jalan-jalan jauh!)next year Feb, masa cuti Maulidur Rasul. And we're flying with Firefly! :-) Last week dah ke travel agency discuss pakej dah.
  2. Last week I was on MC for two consecutive days - sehari sebab stomach ache yang sangat terok selepas makan ayam penyet pecel lele dengan sambal pedas giler di Wong Solo Bangi. Tobat tanak makan sini lagi dah! Series sakit perot macam contraction nak beranak!
  3. Another day MC sebab bangun pagi muka bengkak sebelah. I always had this bad rashes macam bengkak besar-besar at most part of my body and tak tau sebab apa. At first we thot I was allergic to chicken (banyak2 benda ayam jugak aku nak alergik?) tapi bila tak makan pun still ada. Last-last, doctor di klinik tu refer ke SJMC. So rupanya saya ada -urticaria.
  4. I met Murni & her babies a few weeks ago. Thank you yang for the romper ala kimono ke tu? for Humaira. Best gilerrr tengok Zayyan.
  5. I cooked nasi ayam for the first time and surprisingly it became a hit!
  6. I'm going to miss Fizz's wedding next week. I'm sorry dear but I love you!
  7. Akan ke Kuala Terengganu for Meon's wedding in December. InsyaAllah.
  8. Shera & Mell called me today! Yeay!
Ok, till then.

P.s: Encik husband's birthday is on this coming Saturday. Masih takde idea nak bagi present ape. Kalau tanya dia, dia cakap nak Honda City. Hehe.

Friday, October 09, 2009

Rindu rinduan

Not in the mood to update. Sebab rindukan encik husband yang bakal pulang hari Ahad ni. Cepatlah Ahad tiba. Saya rindu suami sayeee ni!!! Baby saya pun rindu kat papa dia ni!!! Dua minggu dah tak jumpa Papa ni!!!

I'm at my parents' place in Seremban since last weekend, on mandatory leave until next Monday.

Till then people.

Thursday, October 01, 2009

Mama Baby

Every time when I went to pick up Humaira at her nursery, there wud be one or two girls (the toddlers) who will greet me at the door. Usually they will ask, "Nak cari siape?" And I would say, "Baby Humaira". Some of them already recognized me as Mama Baby, since there are only two younger babies (below 5 months) at the nursery and another two babies are nearly one year old.. - One year old & below are considered as baby. Oh Humaira is the youngest one in the nursery. Speaking of Mama Baby, sometimes when they saw my car / the moment I stepped out from the car, I would hear they say, "Mama Baby dah sampai, Mama Baby dah sampai". Hehehe.

And tadi, when I met the babysitter, who was holding Humaira at that time, these two girls who accompanied her to the door said,

Girls : Eh eh cikgu, kenapa pipi baby ni besar sangat?

Besar? Hahahahaha. Humaira, kakak kata pipi awak besarlah, sayang?

Cik Cah, kita cilok gambar baby dari FB awak ye.. Tq. :-)
Baby pipi tembam. Mama & Papa loves you!

To my Sayang, we miss you soooooo much! :-(

BIG congratulations
& HUGS & KISSES to these girls for:-

The arrival of bundle of joy - Yunie & Ana, both are Baby Girl
The pregnancy - Yanadey <3, sila ingat pesanan rakan-rakan hehe
The marriage - Mimi

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya kawan-kawan

I hope my Hari Raya wish is still valid. Lagipun baru hari Raya ke-5 kan ni.. hehe.

Sangat tak sempat nak buat entry sempena menyambut Syawal ( I never missed posting pre-Raya entry before this - 2006, 2007, 2008). Woow dulu-dulu sangat rajin ok!

I'm alone with my baby at my MIL's house now. Everyone else went to KLIA, sending-off a cousin who'll be flying to Germany tonight. Perut sangat lapar ni tengah menunggu semua orang balik. Baby, tengah tidur dengan nyenyaknya. Penat sangat tu ikut Mama & Papa berjalan since the first day of Raya. We went back to my Nenek's house in Ulu Beranang on Raya eve. Malam Raya tu Humaira nangis-nangis tengah malam takleh nak tidur. Maybe sebab rumah nenek panas sikit kot, sebab selalu tidur dengan Mama Papa pakai air-cond. Aiyooo tapi takdelah sejuk sangat selalu pun, 25 degree and above. Abislah ni kena marah kot dek Dr Shu. Hehe.. Lepas Papa pujuk-pujuk, akhirnya baby tidur dengan nyenyaknya sampai Subuh. Semua orang dalam rumah tu risau-risaulah tengok baby nangis-nangis camtu. My mom dah hampir-hampir nak panggil bidan kat sebelah rumah nenek tu mintak tolong baca-baca. :-)

This year Raya, saya & Baby saje berbaju baru. Encik husband masih muat lagi baju melayu nikahnya buat tahun yang ke-2. Tahniah Sayang! It means that you're still OKlah eventho not as OK (read: slim) as masa kahwin dulu. Tapi next year confirm kena beli baju melayu baru ok, sebab tahun ni pun seluar tang kat pinggang tu macam dah nak tak muat. Hehe. Next year your baju Raya expenses is on ME! :-) Waah macam banyak je nak belanja baru Raya untuk sayang ni yek? Btw, thank you so much Papa sebab berkorban untuk Mama & Baby tak beli pun baju melayu baru tahun ni (tapi baju casual tetap beli baru yek!) nak bagi extra budget untuk baju Raya Mama & Baby. My first day of Raya pictures can be viewed in my FB.

Petang Raya pertama, kami dah balik ke Seremban. Ohh seperti yang dijangka, kat kampung semua orang dok sibuk mengulit si kenit ni tak abis-abis. Biasalah kan, cicit/cucu/anak sedara baru! Alhamdulillah, Humaira pun dah makin besar & dah tak banyak meragam. Mulut dia pun dah makin kecoh-kecoh menjerit-jerit nak bercakap dengan orang. I will try to upload a vidclip of her later.

These are today's pictures.
Alahai anak Mama, ralit menggigit teether sampai tertidur ye..
Baby tembam tengah syok tidoq
Ini memang baby yang suka pandang kamera
Bila dah berbaby, silalah bersedia untuk baju Raya anda dihiasi muntah susu & air liur Baby yeek..hihiKalau nak bagi botol, Papa je yg boleh bagi. Sebab kalau Mama nak bagi dia sure ingat nak ngempeng jek
"Humaira dah letihlah Mama"
My hero Adham yang dah besarr

Serius ek Shera aku dah kurus kembali yek? Huhuhahahaha. Ok baiklah saya dah below 50kgs, at last! sebab dah lama sangat tak menimbang berat sendiri, so balik rumah Mak haritu naik scale, waaaahhhh jarum dah menunjukkan nombor yang tak melebihi 50kg laah! Hopefully itu bukanlah berat sepanjang puasa semata-mata. Tapi rasa macam kurus giler jugaklah, sila rujuk gambar dengan Adham di atas. :-) Nak suka ke nak sedih ni??

Encik husband will be off to HK & Taiwan on this Saturday. Sangat sedih :-( Waaah rasa nak nangis je sekarang ni. Being without him for 2 weeks is too much for me. We will definitely miss you like crazzzzyyyyy Papa!! My cuti Raya is until coming Monday. So, Tuesday till Friday, Lina (my SIL) akan temankan kami kat rumah. Hopefully Baby wont miss her Papa too much sebab nanti Mama risau takleh handle kalau baby nangis-nangis tak tengok muka Papa 2 minggu. I'll be taking my mandatory leave starting from next Friday (Oct 2) until Sunday Oct 11. Mak kata nak jemput balik Seremban on next Saturday. Nampaknya seminggulah Mama & Baby balik dok rumah nenek dia selama Papa out-station nanti.

Oklah. Now I would like to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Halalkan makan dan minum serta segala kesilapan tersalah kata. Jemputlah datang beraya ke rumah tapi nampaknya from 11 Oct onwards la sebab selama three coming weekends ni kami takde di rumah kami.

Tuesday, September 08, 2009

..this means my baby is sleeping..

1. To Doc Shu in Dublin - your present for Humaira has safely reached me, finally! I made Iza mailed it to my office hehe eh its the other way around. Takot betul dia baby tak sempat nak muat baju korang bagi tu. Thanks a lot dear for the cutest cardi! I, on behalf of my baby love it soooooooo mucho! :-)

2. My baby is sleeping soundly after one solid hour of breastfeeding, hence the entry u r reading now. Oh funny thing when everytime my mom called me, say mesti tengah busy menyusukan baby. Everytime ok! Except tonight, ni mak baru lepas call. And the first thing she wud ask is - Baby tengah ngempeng ke? Haha Anem ko mesti tau ape ngempeng ni.

3. My husband is going out of the country on the 7th day of Raya onwards for 15 days for Godsake & saya dalam persediaan mental dan emosi ni. Ya Allah moga-moga semua dipermudahkan saya & baby tinggal berdua ni - ok pikirkan rakan-rakan oh and even my cousin Shikin pun dulu-dulu tinggal dengan anak-anak je masa husband kerja di kejauhan. So, I believe I can do the same too! Waahhh mesti kita rindu giler kat Papa nanti kan baby?

Like father, like daughter hehe (I hope my husband tak bising letak gambar ni hehe)

4. I feel so left out dengan segala mak nenek di Facebook. Saya satu ape tak sempat nak bercucuk tanam ke menternak apetah lagi. Ke aku je yg paranoid ni bila bukak status semua orang letak gambar kebun masing-masing?

5. Oklah, woow sooo relieved I've finally updated the blog!
Her favourite pastime.. buat masa ni
Papa dia yang letak camni, cian baby muka sedih.

Percubaan meniarap buat ke berapa kalinya

My latest fave picture

Muka baik sebab dah penat layan cakap dengan Mama

Sihatnya baby Mama ni! 4.8kgs at 78 days young. Not bad la kan?

Till then.

Wednesday, August 26, 2009

Late night update

Last weekend, Encik husband & I were on our way back to my parent’s house from a shopping trip when we accidentally bumped into another car. Encik husband sebenarnya mengejar nak lepas red light, tup2 makcik depan kereta kitorang tu emergency brake. Encik husband dah brake tapi disebabkan hujan, jalan licin dan keretaku takde ABS, dengan jayanya kereta kitorang menghentam Vios makcik tu. Alhamdulillah kitorang (dan makcik tu) takde pape, cuma keretalah teruk. Dan nasib baik Baby Humaira kami tinggalkan dengan my mom. Alah nak letak gambar tapi tak jumpa mana hp encik husband ni. Kami telah kerugian hampir 1K kerana insiden ni. Tapi takpelah, bak kata encik husband, mungkin 1K tu bukan rezeki kami. Esok kereta siap. Harap-harap keretaku akan kembali cun seperti asal. Moral of the story : Belilah kereta yang lebih tahan hentaman (bukan buatan Malaysia?) dan yang ada ABS. Bila dah eksiden camni, keinginan untuk menukar kereta makin menebal dalam hati kami berdua. (sebenarnya encik husband je). Tapi kereta satu lagi kene maintain sebab takde maknanya pakai satu kereta jek, ofis masing-masing lain-lain jalan. Ditambah dengan encik husband yang selalu out-station & balik lambat. So, kereta yang mungkin mampu dimiliki bukan buatan Malaysia yang menjadi pilihan samada:
  1. Honda City
  2. Toyota Vios
  3. Suzuki Swift (pilihan yang paling tak munasabah & tak praktikal & kecil tapi saya suka ok!)
  4. Nissan Grand Livina? (macam akak-akak jek bawak Livina, sebab kalau kat ofis saya, akak-akak yang berusia 30 tahun ke atas yang beli Livina ni hehe)
Dan kereta pilihan buatan Malaysia ialah Persona.

Tengok hujung tahun ni kalau ade bajet ye. :-)

Encik husband will be going to Taiwan & Hong Kong a week after Raya for 3 weeks for work!!! Argghhh sedihnya hopefully I can handle everything & especially our baby well. :-( He was supposed to go there a week before Ramadhan but because of the mayhem caused by H1N1, TM has postponed the deployment thing to after Raya. Nampaknya open house Raya kami pun akan delaylah.

Sorry guys, was too occupied with the little lady I don’t even have time to reply the comments in the earlier entry. Arghhh rindu giler kat korang semuaaaaaaaaaaa!!

Mademoiselle Mell – kurus sangat ke ni aku rasa biase jek. Perut konfemlah tak menggelebeh ok. :-) Btw, aku makan jamu Amway tapi tu pun tak abis sebab malas. Kalau betul2 makan & continue berbengkung, aku rasa sure lebih kurus dan solid hahaha! Tapi ni bulan puasa dah start pakai girdle. Yeay cant wait to see you! Akhirnya kau pulang jugak ke pangkuan keluarga tercinta. Wow dress from Asos untuk mummy baby takde ker?

Cik Chunkie - hahahaha sangat lawaklah kamu 'ini mendatangkan kemarahan'?? Alah entahlah takdelah buat ape-ape pun, tiba-tiba je badan ni nak kurus. Tapi ni pun tak kurus sangat. Gemok skit jugaklah dari before pregnant. Hello kamu dah cukup kurus ok pleaseeeeeeeeee! Jangan perasan gemok lagi dah!! ;-) Take care babe! <3

Puan Fadilah Hani - yup cik, silakan datang ke teratak kecilku in Puchong untuk melawat. This weekend insyaAllah balik Shah Alam.

Puan Shuhada Zainon - thanks Auntie Shu! Pelok ciom for Aqeel please.. :-)

Mek Mur - ni satu lagi, manede cepatnya mek oi aku kurus. Ni semua terselindung di sebalik baju yg agak besar. Hehehe.

Mama Farahazmin - yup, sangat copycat muka Papa dia kan?

Cik Hani Hot - ni dua lagi, takde maknanya cepat kurus. Biasa-biasa je ni (ecewah!) Sorry beb, memang tak menyempat nak online once you have a baby who needs yr attention 24/7. Yup pipi Humaira sangat tembam. Bila nak datang gomol (bukan gomel lah haha) Humaira ni????

Puan Yana – takde maknanye nak share rahsia kurus bila ko tetap sampai bila-bila akan lebih kurus dari aku. Aku share rahsia nak dapat baby nak tak? Bila nak datang visit aku ni weh?

Puan Pero – ok aku dah update ni, sila baca secara berulang selama 7 hari berturut-turut. Dan aku takde rahsia kurus pun beb, maybe sebab breastfeed religiously walaupun bukan exclusively. Takpe bulan puasa ni pun sure ko akan kurus lagi. Sebenarnya ko dah kurus pun, jangan perasan gemoks jugak.

Cik Thirahku – a’ah dah pandai ’ek-ek’ dan sangat bising skrg. Tak sabar nak tunggu dia pandai meniarap sendiri pulak! And thanks, I know Mama Humaira pun comel jugak. Hehe. Athirah rindu ko!

Bakal Puan? Shera – Sher, ni memang anak bapak yek. Papa dia je yang pandai tidurkan dia kalau dia cranky and tanak menyusu. Mengada lah nak kene jemput ke nak datang rumah aku sayang? kamu nak datang bila-bila pun boleh (dengan syarat aku ada kat rumah lah time tu..) aku sentiasa menerima dengan pintu terbuka. Bila nak jumpaaaaaaaaaaa korang semua ni????????????

Cik Hida – Alhamdulillah, yup aku pun ingat lagi masa kat depan rumah tu, hehehe. Auntie bila nak datang tengok anak buah ni? House-warming insyaAllah after Raya lepas Faiz balik from outstation. Kita tengok nanti camne. :-)

Puan Kopi - a'ah bila awak nak datang tengok kitorang ni? Last weekend memang balik Seremban pun, this weekend insyaAllah balik Shah Alam. Tapi sure bukan turn awak balik sini kan? Takpelah, ada banyak masa lagi, dun worry. Humaira pun takdelah besar cepat sangat kot.. :-)

Penat baca perkataan kurus dalam komen korang (ecewah ada unsur-unsur perasan ke ni?).

Ok, last but not least, have a blessed Ramadhan everyone!!!