Ok I need to type this quick before Humaira wakes up.
Tensen ok takde internet kat rumah ni. Arggh! I am in need of a decent internet connection in this house soonest possible! Sekarang ni cuma boleh mengharapkan ihsan Celcom 3G broadband encik husband je untuk online. Yang terhad pada waktu malamku yang tidak sibuk dengan menatang baby Humaira - iaitu bila dia tidur dengan nyenyaknya seperti sekarang ni. Dah gatal-gatal tangan nak online shopping untuk baby.. hehe. Eh ok baru teringat nak kena bayar bil & loan kereta. Huhuhu ;-)
I'm back in Puchong since last week. Handling the little lady + house chores alone? Waahhhh memang sangat mencabar! Letihnya masyaAllah menjaga baby bila dia meragam, Ya Allah Tuhan saje yang tau. Especially bila dia mengganggu tidur Papa & Mama for several nights since we got back here. My mom, masa first day kami balik ke rumah sendiri ni, sampai 5 kali ok call tanyakan cucu dia ok ke tak, ade kena gigit nyamuk ke tak. Punyalah risau dan rindu kat cucu kesayangan dia ni. My confinement period ended last weekend. Itupun hari ke 42 dah selamat berjalan jauh ke Manjung to my brother in-law's house for kenduri. And we met Muhamad Ashraf Hilmy for the first time! He is Adham's little brother who was born only five days earlier than Humaira.
After the Isya' prayer. Masa ni semua tetamu tengah sibuk makan dan suasana sangatlah bising tapi rilek je si kecik dua orang ni tidoq
My baby ni bila di rumah orang kan elok je tidur dengan lenanya dan aman je rasa Mama rasa, senang nak bawak anak dara sorang gi jalan. Tapi, kalau kat rumah ni, bila Mama tutup fridge je atau jalan pakai slipper tu terkuat sikit bunyi seretnya kat lantai, dia sure terkejut. Nasiblah tak nangis. Oh haritu ke Manjung naik kereta Tok Abah dia, elok je Alhamdulillah tidur di atas pangkuan Mama sepanjang perjalanan. Mula-mula konon-konon je Papa dia & Acik Lina dia nak gilir-gilir pangku, tapi last-last Mama jugak yang tabah sampai ke akhir. Sampai sakit-sakit pungkoq. By the way Sher, comforter yg kamu bagi memanglah sangat berjasa padaku buat tempat tidur baby, merata aku usung, lagi-lagi bila travel tak bawak kereta sendiri, lecehlah nak bawak bakul bagai. Humaira was 3.8kgs on her 40th day. Tah-tah harini dah 4kg pun. Dia dah makin berat! Dan dia sejak seminggu ni dah macam pandai melayan cakap Mama. Senyum & gelak pun macam dah pandai sikit-sikit. The below vid were taken just before dia nangis-nangis-nangis sebab perut kembung. Patutlah nampak macam tak selesa je baby ni. Cian anak Mama..
Housewarming memang tak sempat nak buat sekarang, maybe sekalilah dengan open house Raya. This coming weekend ada kenduri kesyukuran sempena pindah ke rumah baru ni, cuma mampu menjemput close relatives je disebabkan ruang rumah yang terhad. Nanti open house pun nak kena buat 3 kali - 1 untuk family & relatives, 1 untuk kawan-kawan SSP (ini memang kena buat asing ok!) dan 1 untuk kawan-kawan UTM. Eh alamak lupa lak ada kawan-kawan RHB, IBIL, Shah Alam. Nampaknya berhari-harilah open house nanti ni. Sabtu ni pulak, my Sedundun girls nak datang visit dan membuli babyku bak kata Suraya. Tak sabar nak jumpa korang pleaseeeee!!! Yeay!
My weight? Dah turun ke 50kg. Bilalah nak hilang lagi 4 kilo ni? Tapi yang penting, jeans kebanyakannya muat lagi, which means bahagian abdomen ke bawah masih ok. Hehe. tapi betullah jangkaanku kebaya-kebaya & shirt & blouse kebanyakannya dah tak muat sebab ketat di bahagian dada. Arghhh! Menyesal beli baju-baju yang agak sendat before ni (read: muat-muat). Nampaknya kenalah shopping baju kerja next week. Tak best giler ok next 2 weeks dah nak start kerja balik. Em baby ni pun tak cari lagi nak hantar mana. Ingat nak hantar nursery depan rumah ni, nak survey sikit yang mana satu ok. Kesian baby..
Ok ok till then. Esok first time kitorang nak bawak baby keluar nak beli groceries & etc. Hopefully baby ok & tak meragam. Wish me luck! :-)