Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lilypie

Friday, June 19, 2009

Izzah Humaira binti Mohd Faiz

First & foremost, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Saya dah selamat melahirkan buah hati pengarang jantung kami berdua hari Sabtu lepas, 13 Jun 2009.

Pengalaman melahirkan Izzah Humaira memang takkan boleh dilupakan sepanjang hidup saya. And yes, betul-betulah jangkaan yg baby akan keluar 2 wix earlier than the EDD. But not because I had the labour contraction at the first place. I was induced sebab doc kata air ketuban sangat kurang.

I went for another regular check-up at An-Nur on Thursday, June 11. We were sooooo relieved when Dr Kham told that the baby dah engaged & in good condition. Uri pun ok. But.. air ketuban terlalu sedikit. At first, I was like, em tak kritikal sangat kot air ketuban sikit & rasa pelik jugak sebab two weeks earlier the doc said air ketuban cukup. She explained more and I won't ever forget that moment when she said, 'Air ketuban kamu sikit sangat ni, doctor tengok baby pun dah matang, so I would suggest for you to be induced today'. That was so unexpected! Masa tu, Tuhan je yang tau macam mana perasaan saya (and of course encik husband's too) sebab kami totally tak prepare untuk saya beranak hari tu dan dan tu jugak. Dr Kham then asked me to lie down & checked for the cervix dilation. Memang takde bukaan langsung. :-( See, I wasn't having any labour pain or contraction at that time. Macam mana nak beranak? She sent me upstairs to the hospital for CTG monitoring untuk tengok heart beat baby & contraction. Masa on the way naik atas ikut nurse tu, saya dah nangis dah kat encik husband sebab saya rasa takut sangat.

Oklah. Bila dah selesai CTG monitoring, kami turun ke klinik balik untuk jumpa doctor. Dr Kham memang suruh induce either haritu (Thursday) atau Friday, not later than that. Kami mintak dia buat referral letter ke Labour & Delivery Hospital Putrajaya untuk dapatkan second opinion. Hehe, dahlah pakar yang check nak jugak tu second opinion. Tapi, AS EXPECTED, Putrajaya boleh pergi bagi saya appointment date next week ok! Dahlah saya tak jumpa langsung pun mana-mana doctor, tunggu punya tunggu doc habis makan, lepas tu senang-senang bagi appointment date untuk checkup next week. Masa kerani kaunter O&G tu panggil balik cakap datang next Tuesday, saya rasa macam bengang giler. Hello? Mane doctor at least checklah dulu aku ni ok ke tak kritikal ke tak nak beranak. Memang frust giler dengan Putrajaya Hosp, lepas ni memang ban jelah. Balik dari hospital tu memang kami berdua perasaan bercampur baur, nak induce ke tak? Sebab saya langsung tak sakit nak bersalin. My mom kata, pergi jelah An-Nur, induce pun induce la asal baby selamat. Mama Faiz cakap macam check dulu kat klinik lain, tapi yg suggest tu pon dah pakar. Kalau tanya doctor kat klinik biasa pun, rasa macam tak berbaloi. Malam tu tak payah cakaplah, saya nangis nangis nangis tak henti-henti, lepas solat nangis, masa makan mengalir air mata, sampai encik husband susah hati giler. Malam tu jugak kami decide buat the best for our baby - admit ke An-Nur hari Jumaat esoknya. I kept on saying to the baby, 'Mama tak kisahlah sakit macam mana pun, asal baby selamat'. Resah gelisah di hati kami berdua malam itu, Allah saja yang tau.

Chronology of Izzah Humaira's Birth

So, the next day, Friday 12th June, awal pagi lagi dah bangun nak bersiap ke hospital. Pagi-pagi tu dah packing baju & barang-barang lain untuk bawa balik Seremban. Mulanya ke klinik, untuk bagitau Dr Kham respons dari Hosp Putrajaya.

10:00 am - Saya isi admission form & lepas tu nurse tunjuk bilik. Dalam hati rasa macam tak percaya je hari tu saya akan bersalin. Oleh sebab belum breakfast, saya mintak permission nurse nak turun makan dengan encik husband. Mula-mula nurse tak bagi, sebab doc suruh pasang CTG tu dulu. So, buat CTG monitoring dulu. Masa makan, saya cakap kat encik husband, ni last nak minum ais before berpantang next week. Rileks jugaklah masa tu sebab encik husband suruh jangan sedih-sedih jangan risau-risau nanti kesian kat baby.

12:00 noon - Encik husband balik rumah ambil barang-barang & solat Jumaat. Masa tinggal sorang-sorang tu, saya jadi risau & takut balik sebab semua yg jadi dalam masa dua hari tu datang tiba-tiba sangat.

02:30 pm
- Dr Kham datang untuk induce saya. She said, 'Ok I'll see u again in the next six hours'. Masa tu rasa macam oklah, tak lama lagi dah ni nak bersalin. So, saya tidur.

03:30 pm - Encik husband sampai wad & kejutkan saya. Masa tu dah mula rasa sakit, macam period pain yang masih boleh ditahan. So, sambil baring borak-borak dengan dia, saya cakap, 'Sayang, tak lama je lagi boleh jumpa baby kita!'. Contraction masih bearable for a few hours.

07:30 pm - Dah mula rasa contraction pain yang amat sangat. Masa tu, saya ingat sure dah dilate at least 6-7 cm.

08:30 pm - Dr Kham datang. Sangat terkejut bila dia cakap saya baru dilate 1cm!!! Ya Tuhan, sakit masa tu dah tak tau nak cakap macam mana. Saya try tidor, sambil banyak-banyak selawat dan zikir. Encik husband pun bacakan selawat, usap-usap kepala & perut sambil cakap kat baby suruh cepat-cepat keluar sebab Mama dah sakit sangat dah. Berjurai-jurai air mata dah keluar masa tu. At the same time, Mak & Mama & family members dah banyak kali call & sms tanya, 'Mizah dah beranak ke belom?' :-(

11:00 pm - Dr Kham datang lagi, check dilation. Still 1cm!! Ya Allah Ya Tuhanku! Dr bagi two option untuk kurangkan sakit - painkiller jab or epidural. Saya cakap saya taknak epidural, so saya setuju amik painkiller jab. Doc & midwife banyak-banyak kali bagitau saya, anak first memang lambat nak dilate.

11:15 pm - Nurse datang bagi jab. Saya cuba menunggu waktu sakit tu kurang sikit, tapi tak rasa kurang langsung! Jab tu tak bagi apa-apa kesan. 2-3 kali pergi toilet cuba nak buang air, sebab macam rasa nak membuang, tapi takde ape pun keluar. Masa tu, saya pikir, Ya ALlah, payahnya nak bersalin ni. Rasa insaf sangat bila fikir macam manalah Mak masa beranakkan saya dulu.

11:30 pm - Saya berjaya tidor tapi terjaga bila Abah & Nana datang. Saya takleh nak cakap apa-apa pun kat Abah sebab terlalu sakit. Nana stay temankan saya malam tu.

01:00 am - Midwife datang check dilation, masih 1cm jugak! :-(

01:30 am - Saya ke toilet lagi. Hampir nak pengsan sebab sakit sangat. Kesian encik husband, dia serba-salah tengok saya sampai apa dia cakap pun saya rasa tak nak dengar. Masa tu saya dah takut giler & dah mula terfikir saya perlu kena caeser ke? Saya cakap pada encik husband, saya tak tahan sangat dan nak epidural. Encik husband keluar panggil midwife, midwife kata epidural cuma boleh diberi bila dilation dah 3cm.

02:00 am - Rasa macam ada air keluar. Saya suruh encik husband check sebab ingat air ketuban dah pecah. Cuak sangat bila dengar encik husband kata, 'Ya Allah!' dan lepas tu dia cepat-cepat lari keluar panggil nurse. Midwife datang, check dilation, dah 3cm! Kena bawak turun pergi labour room. Banyak jugak darah turun, masa saya turun katil nak duduk atas wheel chair tu, saya hampir pitam. Masa nurse tolak turun ke labour room, saya dah macam high dalam kesakitan. Masa tu saya cuma pikir yang saya terpaksa dibedah. Masuk labour room, saya baring dan tanya encik husband, 'Yang, saya nak kena caeser ke ni?' Lega sangat hati bila dia cakap, 'Taklah sayang, mana ade caeser, dah ada bukaan kan ni'

02:15 am - Kesakitan makin menjadi-jadi. Nurse pasang CTG lagi sekali. Masa tu rasa nak marah je kat nurse sebab saya dah sakit giler nak pulak pasang macam-macam kat perut saya. Time tu baru saya rasa mamai nak tidur kesan dari painkiller jab tadi. Tapi sakit still sakitlah. Cuma mamai dalam sakit. Hehe.

03:00 am - Pakar bius sampai. Dia tanya saya pernah dengar talk on epidural tak? Saya sempat lagi cam muka dia sebab dia pernah diinterview dalam artikel epidural Pa&Ma magazine last month. Saya memang dengar tak dengar (mata dah terkebil-kebil menahan mengantuk dan sakit) masa dia explain tu, cuma mengharapkan encik husband memahami semua yang dia cakap. Yang cuma saya ingat, dia cakap nanti saya akan rasa kebas dari bahagian abdomen ke bawah. Itulah yang saya tunggu-tunggu.

03:20 am - Saya still rasa sakit! My tummy & legs didn't feeling numb at all. Berkali-kali saya tekan button untuk tambah dosage epi (sebab doctor kata kalau sakit sangat tak tahan tekan button tu so another few dose akan dimasukkan) tapi takde kesan langsung. Encik husband tabah lagi berada di sebelah saya sampai dah tertidur-tidur. Kesian sayang!

03:45 am - Dilation dah 6cm!

04:00 am - Dr Kham datang. Dia memang pandai budget time saya bersalin. Tak sure pukul berapa saya dah fully dilate, tapi proses meneran rasanya lama jugak, sebab takde skill. Hehe. I've never attended any antenatal class, so macam payah sikit nak buat konsep meneran dengan betul. (Yana, aku tak jadi 2 kali teran) But seriously rasa macam dalam acara lumba lari jarak jauh sebab encik husband, doctor, midwife & nurse - semuanya bersemangat = 'Boleh Mama boleh!', 'Sikit lagi sayang, sikit lagi!', 'Good, good!', 'You can do it Mama!'

...dan akhirnya, setelah berhempas pulas meneran & menahan kesakitan...

04:48am - anak pertama kami, Izzah Humaira selamat keluar melihat dunia, Alhamdulillah. :-)


Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tersayang, Encik Mohd Faiz Mohd Najib yang sangat memahami keadaan saya sepanjang saya mengandung anak pertama kami, tak putus-putus memberi dorongan & sokongan, bersusah payah melayan kehendak & permintaan saya yang lebih mengada-ngada sikit especially towards the end of my pregnancy period. I love you more than anything, sayang! Dan encik husband juga sama-sama bangun tengah-tengah malam 2-3 kali tiap kali baby nangis nak susu atau tukar diapers. Hehe.

In the morning, seawal jam 11:30 pagi, my beloved Ruby girls (ecewah!)- Shera, Eliza, Nurul dah sampai visit Mama & Baby. Dila & family and Aza pun datang petangnya. The next morning, just before I was discharged, Athirah pun datang visit. Ohh Baby dah dapat play tent!! Thanks a lot to you guys for coming & everything. Encik Faiz & I really appreciate it! Tak sampai sehari umur baby dah ramai datang jengok dia. Oh esok hari, pagi & petang ada sahabat nak datang melawat juga. Can't wait!

I would like to apologize to the friends yang lambat tau pasal kelahiran baby ni. Cuma mengharapkan my husband mewar-warkan pada rakan-rakan yang ada dalam hp dia. Sorry ok guys. ;-) Thanks so much to everyone for the smses & calls.

Updates on Mama & Baby:
  1. I have been breastfeeding the baby as early as an hour after she's born until now. Syukur Alhamdulillah, my milk supply setakat ni tak mengecewakan. Hari ketiga mula rasa dada membengkak yang amat. Sakit sangat. Tapi lepas tu ok. So far so good. Sekarang ni, kalau lambat sikit breastfeed baby/pump susu, memang basahlah baju susu banyak sangat keluar. Masa sejam lepas bersalin tu, bila nurse bagi baby suruh susukan, saya agak was-was ada susu ke tak. Rupanya ada, cuma masa tu belum betul-betul susu, baru air susu je.
  2. Baby kena jaundice! Semalam admit ke ward, kena letak bawah lampu & drip, sebab kuning dia dah teruk sangat! Sepatutnya, ada appointment untuk check jaundice di An-Nur on Wednesday. Tapi, kitorang tak pergi pun sebab Mama macam tak larat dan kami tengok kulit baby ok je. Bila bawak check, rupanya the jaundice level dah tinggi, walaupun kulit dia nampak tak kuning pun. Sedih sangat tengok baby, satu malam Mama asek nangis kat Papa sebab teringatkan dia sorang-sorang tinggal kat nursery. I didn't stay with her at the ward, since we sent her to Salam (Senawang Specialist Hosp), just in front of my mom's housing area di Lavender Hgt ni, 2 minit je dari rumah. Ok, totally tak rekomen hospital ni! Gilalah caj melampau, baby saje duduk ward pun kena sampai RM800++! Boleh tak mula-mula nurse tu pergi mintak pampers kat kitorang? Hello? Punya aku bayar mahal-mahal kat sini, pampers pun korang takleh provide ke? Nursery An-Nur 5 kali ganda lagi cantik & well-equipped dari sini. Gilalah, nasib Mama dia tak amik satu bilik jugak. Baik lagi masuk KPJ (Seremban Specialist Hosp) or Columbia Asia. Dila dulu masa Yusuf jaundice, 4 days stay lagi dengan private room di Columbia, total RM1300. Eiiiyy menyesal tak ikut cakap Mak suruh gi Columbia. Takpelah, nanti claimlah kat Bank. Baby dah discharge tengahari tadi. Happy sangat dapat bawa baby balik. Malam ni dapatlah Mama tidur dengan baby balik.
  3. Mama dah sudahkan berurut 3 hari dah, seawal hari ketiga dah kene urut! Ingatkan nak tunggu seminggu, tapi paham-paham jelah mak-mak kita ni. Lepas tu, kalau my mom nampak je kaki tak berstokin, mulalah dia berleter. Hehe. Bengkung tu semalam dah ngelat dah tak pakai. Tengoklah macam mana, kalau ikutkan Mak, sampai 40 hari kena berbengkung. Argghh!!
Her 4th day (a.m)
Her 4th day (p.m)
Her 7th day (today) - lepas discharged, tengok Auntie Shera, Mama dah pakai dah hadiah Auntie. Mama suka giler tau!

Eh oklah, penatnya menaip. Esok kita sambung lagi, ok?

28 comments:

Melissa said...

OMG Mizah...tak sangka ko dah beranak. Berair mata aku jap baca entry ko. Coz tak sangka sangat. Budak yang hilang spek pink dalam jamban dah ada baby!!!!

Baby girl yang sangat tembam and comel!!!!

Anyway congrats mizah!! I think the day ill see izzah humaira mesti dia dah besar :(

p/s : panggil izzah ke humaira? i hope it's not humaira. Berbelit la lidah aku nak sebut :D oh aku nak pegi asos nak beli hadiah baby.

erinchunk said...

assalamualaikum baby izzah :)
welcome to the world.patutlah mama dia hilang kejap.she brought u into the world rupanya:) you are supercuteeee lil kiddo.hope to see u soon!! xx

p/s:i was really moved by the way you were brought into the world kiddo.semoga membesar menjadi anak yang solehah.aminnnn :)

kew_chop said...

huhuhu, meleleh air mata aku baca entry ko ni. ni la pengorbanan jadik seorang ibu kan. sakitkan, tapi takpe bila pandang baby terus hilang rasa sakit. dah terjawab sudah camana rasa sakit yg ko dok tanye aku tu. takleh nak explain ngan kata2 kan. mengalami sendiri baru leh tahu penangan bersalin ni. hihihi.
comel sgt izzah @ maira jr ni. aku panggil anak ko maira jr la. hahhaha suka2 jek kasik nickname kat anak org. mana tau ade rezeki leh jadik menantu aku plak.
bestnye ko berpantang, berurut semua. take care ok dear. muahh muahh for mama n maira jr.

fizz said...

k.mizah!!! congratulations my dear + well done for being so tabah along the process :) so sweet la this entry... nnti i dgn erin dtg visit bleh??? commeeeeyyy laaa baby izzah!!!!

dey said...

mizah....aku pon bergenang genang bacer entry ko...
cantik nya masyaAllah..geram tgk mater dia...ni aku kena tenung pix ur baby izzah humaira ni..biar terkenan nnt kat baby aku.
ye laaa mell budak spec mata lalat ni da jadi supermom laaaa...xsangka babe.
mizah,tolong kiss n gomol2kan dia 4 me eh...raya nnt aku nk terjah umah mizah..nk tgk izzah humaira.
congrats 2u n mr faiz n ur parent...1st cucu ni...mesti tatang habis ni.hehe

Dina said...

OMG geli geli lutut aku jap bace nih >.<
Terbayang kene induce hari tu before wat D&C.. huhu.
4 jam menahan contraction, walaupun tade baby..

Congrats Mizah & Faiz!!
She's so adorable!
^____^


Bile baby Izzah nak dapat kawan PaDina Jr nih.....

farahazmin said...

TAHNIAH MIZAH... BEST KN DH JDK MAMA... HEHEHE... FUHHHH.... SGT MENAKUTTKAN SAAT KO NK BERANAK.. APA2 PN SUME DH SLMT...SLMT MENJALANI PNTG EK CIK MIZAH.... AKU DH MERDEKA DAH...

anemanema said...

congrats mizah! comel giler umairah..pepandai je aku panggil name cam gi tu..
mkn mesti berpantang tau..
hehe..nnt jemput tau izzah nye ( izzah pulak?) cukur jambul..hehe.

Anonymous said...

Mama Mizah,

Serius mengalir air mata takut dengar cerita saat kelahiran Izzah Humaira.

Wahh comelnya izzah humaira dan seminggu akhirnya umur dia.

Tak sabar Cikcah nak datang melawat anak buah baru!

trexcic said...

Ha'ah la .. cik spec pink ni dah jadi mummy!! :)

Mizah, haritu rase nak dukung humaira, tapi tak sampai ati sebab dia nyenyak sgtt tidooo.. sangat comellll....

take care darling!

syaz said...

k.mizahhh...alhamdulillahh smue da slmat..very hepy 4 u!!!nnti i visit ur baby cumell ok..tcareeeeeeeeeee

shera said...

izzah humaira mmg sangat comelss...i met her 7hrs after she was born. dia mmg cantiks!

congrats darling~*

ok, this entry buat aku rasa tua! kawan sama2 melompat cheer kat ssp dah ada anak!! grrrrrrr

btw babes, that pinky stuff patut diletak kat dlm baby cot kan? tp x kisah laaa...ahahahahaha...:)

Nur Hamizah said...

Thanks a lot girls!!!!!

Mell - hehehe, yup aku sendiri pun cam tak sangka aku dah ade baby!! xpela bia baby besar skit baru ko dtg visit, baru berani nak dukung.izzah ke humaira ke mane-mane boleh. :-)

Erin - thanks dear!insyaAllah moga-moga anak Mama ni membesar jadi anak yg solehah, Amin..

Mek Mur - ye mek,akhirnya aku dpt rasa sendiri pengorbanan seorang mak lahirkan anak.memang berharga sangat pengalaman ni.izzah@maira jr kirim salam pada zayyan. ;-)

Fizz - thanks yang! entry ni Mama kena bagi baby bace bile dia dah besar nanti. ok bile-bile free dtglah visit Mama & Baby k.

Yana - hehe,ye moga-moga aku berjaya jadi supermom sampai bila-bila.yelah japlagi aku tolong gomolkan.em yerrrr mak aku memang tatang giler-giler kt cucu first die ni.ko pon paham-paham jugak kan hehe

Dina - yerrr ngeri2 tak bila pikir balik? takpe, Mama doakan auntie dapat PaDina Jr tak lame lagi insyaAllah.

Farah - memang bessstttttt giler jadi MAMA walaupun masih lemah-lemah lagi ni selepas seminggu bersalin.hehe.tak sabar giler nk abis pantang.akuc part makan2 ok, yg part pakai bengkung bertampal2 perut dengan rempah2 ni yg aku tak tahan.

Anema - aku ni pun makan xde pantang2 sngtlah.mak moden macam semua yg menambahkan tenaga tu nk kene makan.tapi ada yg mmg mak aku x kasi sentuh pon.kire tak terseksa sgtlah.hehe.ye insyaAllah bila ade cukur jambul nnti akan aku war-warkan ok?

Cik Cah - touching tak entry Mama ni Cik Cah? nanti free dtglah visit kami k!

Thir - ye cikkkkk semualah tak sangka cik spec pink dah ade baby!! ;-) ala skrg ni pun kan kalau dukung die tgh syok tidor pun, die tak terjaga langsung selagi dia tak berak atau nak susu.baik baby Mama ni.hehehe.

Syaz - ye yang, thanks! Alhamdulillah semua dah selamat.im beyond hepy here!!

Shera - yeeee memang nak letak dlm baby cot tapi sebab die kecik sangat takleh nak letak dalam cot dulu.kesian dia.so skrg Mama dia bentang atas katil dulu sebelah Mama lah.ko tengoklah bantal tu pun dah sama besar dengan dia.thanks sher we love it!

Kepada semua, silalah mempercayai diriku ini sudah berbaby ok... :-D

farahazmin said...

huhuhu... aku sampai skng pakai bgkung tau... waaaa!!!! sshnyer nk dpt blk bdn idaman ku... nk x nk, terpaksa la aku bengkung sampai ssh nk napas... seksa beb....

Shouta M said...

wah dah selamat delivered, alhamdulillah. congrats mizah n faiz, soo happy for u!! ye gengs, sume dah tua jadi aunty ok! i was expecting a good cry from humairah in the video, barulah bleh cakap "haa ni mmg btul2 anak mizah, kuat jerit. bleh masuk choir.." hehe..

all the best for motherhood, i think ur gonna be a great mom! selalu update ok. beb ada nice pink shoes n lace cardigan aku belikan utk humairah hrtu, shud still be with izakusha. nnti aku mintak dia passkan ye..

kisses for humairah xxx

the girl who hates strawberries said...

OMG OMG !!!!!!!!

congrats!!!!
i was nearly crying u know
and she is so cute!!!!!!
rase mcm nak makan pun ade :p

take care ookie
*peluks*

p/s : can u kiss your baby for me?

akizila said...

pn mizah tahniah..sangat cute baby kamu!!

aiesya said...

omg kak mizah!
congrats!!
kecut perut n bergenang mata aisyah baca..

but she is soOoOOoo cute!!

wish u and baby the very2 best!!

;)

aisyah

trexcic said...

shoe, bukan takat choir je..tapi cheerleaders juga! hehe

ude said...

a'kum mizah,
congrats ye..comelnye izzah nih..
sori terlambat sket..bz with exams.
anyways, stay healthy and happy ok..happy mummy makes happy baby.
kiss her for me.

p/s aku tanak lah berauntie2..panggil mak ude je..

ude said...

btw, my SIL pon was delivered by the same consultant, Dr Kham. Sgt bagus kan, siap bismillah and the 1st word they heard was assalamualaikum..very nice indeed.

aien said...

Tahniah Mizah!! Alhamdulillah semenye selamat. Can't wait to visit Izzah Humaira :-)

aNa said...

mizah..
tharu baca blog ko..pgorbanan sorg ibu n ayah huhu..sedih..

congrats..izzah humaira cute sgt..

fadilahani said...

congrats mizah!!!! patut la aku terdetik nak baca blog ko walopun tgh suspected denggi ni.. huhu..

sorry ehh dah dekat 2 wks baru wish.. better late than never aigt?? anyway, baby izzah sgt comel.. slalu2 sapu minyak kat perot dia supaya tak kembung.. =D orait mama mizah.. take care and smile always!!

erunCute said...

datin mizah....pn sri cni...huhuhu..da kena pgl kamu mama...thniah...alhmdulillah kamu n baby sihat...saya kt opis ngk baby kamu...rase nk picit je...geram...cumey...peluk cium utk dia ehk...huhuhu...kamu take care..teruskan breastfeeding...

Girl Behind A Shadow said...

Hi Mizah, sedih aku baca entry kau ni. Tinggi pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak kan?

Anyway, cutenya Baby Girl tu... Nanti bebile dh balik sini, Auntie Hida dtg lawat okey :)

Nur Hamizah said...

Farah - leceh wehh pakai bengkung berlilit2 ni.aku nak cari girdle je lepas ni.hehe.aku berharap dpt kembali ke bentuk tubuh sebelum preggy gaks!

Doc Shu - thanks babe! yup boleh tak shera pon cakap yg same masa visit aku haritu, 'tak dengar pun suara anak kamu ni, ingat dia nangis kuat2 mcm suara mak die'. ala baby sangat lagi ni, nanti dh besar skit aku train la jadi choir member.

insyaAllah hopefully i can be a great mom to her.ala xpe yang,iza pun dah msg aku nanti pas abis pantang bile free2 skit bolehlah gi jumpa dia. :-)

Didi - hehe, thanks dear!alamak jgnlah smpi nak makan.. ;-) yes, i can kiss her for u every single second everyday ok?

Zila - Terima kasih. :-)

Aisyah - thanks yang!

Cik Thirah - yelah thir, hopefully dia masuk SSP gak nanti kan? nanti boleh jadi captain RUBY/rumah merah & choir instructor ek!

Mak Ude - thanks babe! iyeerr, Dr Kham sangat bagus! two thumbs up.and yes,my husband pun cerita yang Dr Kham tu,once kepala baby keluar je,dia bagi salam dan zuppppp terus tarik baby keluar.Dia memang sangat skillful.definitely akan stick dengan dia lagi for our future babies insyaAllah.

Aien - yee kak,cant wait for Mukhlis & Ibu to visit us too!

Ana - thanks na.takpe,ko pun akan rasakan pengorbanan melahirkan anak tak lama lagi.sangat berharga tau!good luck to you! :-)

Fadilah - ko disuspect denggi ke ni? take care ok & get well soon.
iye jgn risau,mak aku kalau dia tau je aku tak letak je minyak kat perot baby mulalah bising-bising.hehehe.

Pn Sri Erun - thanks juga..Alhamdulillah semua selamat.akan ku sampaikan peluk ciom pada babyku.and yes,i'll continue breastfeeding her selagi boleh.chaiyok!

Auntie Hida - ala jgnlah sedih yang.cuma berkongsi pengalaman je ni. :-) ok, nanti kami akan roger2 auntie bila balik Shah Alam rumah Tok Mama ye!

Unknown said...

bebehhh..sian ko asek ngs n ngs n ngs je sokmo..seb baik ko still tabah..takot gk aa dgr ceritera ko ni..hehe..nnt kami visit baby ko yg comei tu eh..tgc dear