Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lilypie

Friday, October 09, 2009

Rindu rinduan

Not in the mood to update. Sebab rindukan encik husband yang bakal pulang hari Ahad ni. Cepatlah Ahad tiba. Saya rindu suami sayeee ni!!! Baby saya pun rindu kat papa dia ni!!! Dua minggu dah tak jumpa Papa ni!!!

I'm at my parents' place in Seremban since last weekend, on mandatory leave until next Monday.

Till then people.

Thursday, October 01, 2009

Mama Baby

Every time when I went to pick up Humaira at her nursery, there wud be one or two girls (the toddlers) who will greet me at the door. Usually they will ask, "Nak cari siape?" And I would say, "Baby Humaira". Some of them already recognized me as Mama Baby, since there are only two younger babies (below 5 months) at the nursery and another two babies are nearly one year old.. - One year old & below are considered as baby. Oh Humaira is the youngest one in the nursery. Speaking of Mama Baby, sometimes when they saw my car / the moment I stepped out from the car, I would hear they say, "Mama Baby dah sampai, Mama Baby dah sampai". Hehehe.

And tadi, when I met the babysitter, who was holding Humaira at that time, these two girls who accompanied her to the door said,

Girls : Eh eh cikgu, kenapa pipi baby ni besar sangat?

Besar? Hahahahaha. Humaira, kakak kata pipi awak besarlah, sayang?

Cik Cah, kita cilok gambar baby dari FB awak ye.. Tq. :-)
Baby pipi tembam. Mama & Papa loves you!

To my Sayang, we miss you soooooo much! :-(

BIG congratulations
& HUGS & KISSES to these girls for:-

The arrival of bundle of joy - Yunie & Ana, both are Baby Girl
The pregnancy - Yanadey <3, sila ingat pesanan rakan-rakan hehe
The marriage - Mimi

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya kawan-kawan

I hope my Hari Raya wish is still valid. Lagipun baru hari Raya ke-5 kan ni.. hehe.

Sangat tak sempat nak buat entry sempena menyambut Syawal ( I never missed posting pre-Raya entry before this - 2006, 2007, 2008). Woow dulu-dulu sangat rajin ok!

I'm alone with my baby at my MIL's house now. Everyone else went to KLIA, sending-off a cousin who'll be flying to Germany tonight. Perut sangat lapar ni tengah menunggu semua orang balik. Baby, tengah tidur dengan nyenyaknya. Penat sangat tu ikut Mama & Papa berjalan since the first day of Raya. We went back to my Nenek's house in Ulu Beranang on Raya eve. Malam Raya tu Humaira nangis-nangis tengah malam takleh nak tidur. Maybe sebab rumah nenek panas sikit kot, sebab selalu tidur dengan Mama Papa pakai air-cond. Aiyooo tapi takdelah sejuk sangat selalu pun, 25 degree and above. Abislah ni kena marah kot dek Dr Shu. Hehe.. Lepas Papa pujuk-pujuk, akhirnya baby tidur dengan nyenyaknya sampai Subuh. Semua orang dalam rumah tu risau-risaulah tengok baby nangis-nangis camtu. My mom dah hampir-hampir nak panggil bidan kat sebelah rumah nenek tu mintak tolong baca-baca. :-)

This year Raya, saya & Baby saje berbaju baru. Encik husband masih muat lagi baju melayu nikahnya buat tahun yang ke-2. Tahniah Sayang! It means that you're still OKlah eventho not as OK (read: slim) as masa kahwin dulu. Tapi next year confirm kena beli baju melayu baru ok, sebab tahun ni pun seluar tang kat pinggang tu macam dah nak tak muat. Hehe. Next year your baju Raya expenses is on ME! :-) Waah macam banyak je nak belanja baru Raya untuk sayang ni yek? Btw, thank you so much Papa sebab berkorban untuk Mama & Baby tak beli pun baju melayu baru tahun ni (tapi baju casual tetap beli baru yek!) nak bagi extra budget untuk baju Raya Mama & Baby. My first day of Raya pictures can be viewed in my FB.

Petang Raya pertama, kami dah balik ke Seremban. Ohh seperti yang dijangka, kat kampung semua orang dok sibuk mengulit si kenit ni tak abis-abis. Biasalah kan, cicit/cucu/anak sedara baru! Alhamdulillah, Humaira pun dah makin besar & dah tak banyak meragam. Mulut dia pun dah makin kecoh-kecoh menjerit-jerit nak bercakap dengan orang. I will try to upload a vidclip of her later.

These are today's pictures.
Alahai anak Mama, ralit menggigit teether sampai tertidur ye..
Baby tembam tengah syok tidoq
Ini memang baby yang suka pandang kamera
Bila dah berbaby, silalah bersedia untuk baju Raya anda dihiasi muntah susu & air liur Baby yeek..hihiKalau nak bagi botol, Papa je yg boleh bagi. Sebab kalau Mama nak bagi dia sure ingat nak ngempeng jek
"Humaira dah letihlah Mama"
My hero Adham yang dah besarr

Serius ek Shera aku dah kurus kembali yek? Huhuhahahaha. Ok baiklah saya dah below 50kgs, at last! sebab dah lama sangat tak menimbang berat sendiri, so balik rumah Mak haritu naik scale, waaaahhhh jarum dah menunjukkan nombor yang tak melebihi 50kg laah! Hopefully itu bukanlah berat sepanjang puasa semata-mata. Tapi rasa macam kurus giler jugaklah, sila rujuk gambar dengan Adham di atas. :-) Nak suka ke nak sedih ni??

Encik husband will be off to HK & Taiwan on this Saturday. Sangat sedih :-( Waaah rasa nak nangis je sekarang ni. Being without him for 2 weeks is too much for me. We will definitely miss you like crazzzzyyyyy Papa!! My cuti Raya is until coming Monday. So, Tuesday till Friday, Lina (my SIL) akan temankan kami kat rumah. Hopefully Baby wont miss her Papa too much sebab nanti Mama risau takleh handle kalau baby nangis-nangis tak tengok muka Papa 2 minggu. I'll be taking my mandatory leave starting from next Friday (Oct 2) until Sunday Oct 11. Mak kata nak jemput balik Seremban on next Saturday. Nampaknya seminggulah Mama & Baby balik dok rumah nenek dia selama Papa out-station nanti.

Oklah. Now I would like to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Halalkan makan dan minum serta segala kesilapan tersalah kata. Jemputlah datang beraya ke rumah tapi nampaknya from 11 Oct onwards la sebab selama three coming weekends ni kami takde di rumah kami.

Tuesday, September 08, 2009

..this means my baby is sleeping..

1. To Doc Shu in Dublin - your present for Humaira has safely reached me, finally! I made Iza mailed it to my office hehe eh its the other way around. Takot betul dia baby tak sempat nak muat baju korang bagi tu. Thanks a lot dear for the cutest cardi! I, on behalf of my baby love it soooooooo mucho! :-)

2. My baby is sleeping soundly after one solid hour of breastfeeding, hence the entry u r reading now. Oh funny thing when everytime my mom called me, say mesti tengah busy menyusukan baby. Everytime ok! Except tonight, ni mak baru lepas call. And the first thing she wud ask is - Baby tengah ngempeng ke? Haha Anem ko mesti tau ape ngempeng ni.

3. My husband is going out of the country on the 7th day of Raya onwards for 15 days for Godsake & saya dalam persediaan mental dan emosi ni. Ya Allah moga-moga semua dipermudahkan saya & baby tinggal berdua ni - ok pikirkan rakan-rakan oh and even my cousin Shikin pun dulu-dulu tinggal dengan anak-anak je masa husband kerja di kejauhan. So, I believe I can do the same too! Waahhh mesti kita rindu giler kat Papa nanti kan baby?

Like father, like daughter hehe (I hope my husband tak bising letak gambar ni hehe)

4. I feel so left out dengan segala mak nenek di Facebook. Saya satu ape tak sempat nak bercucuk tanam ke menternak apetah lagi. Ke aku je yg paranoid ni bila bukak status semua orang letak gambar kebun masing-masing?

5. Oklah, woow sooo relieved I've finally updated the blog!
Her favourite pastime.. buat masa ni
Papa dia yang letak camni, cian baby muka sedih.

Percubaan meniarap buat ke berapa kalinya

My latest fave picture

Muka baik sebab dah penat layan cakap dengan Mama

Sihatnya baby Mama ni! 4.8kgs at 78 days young. Not bad la kan?

Till then.

Wednesday, August 26, 2009

Late night update

Last weekend, Encik husband & I were on our way back to my parent’s house from a shopping trip when we accidentally bumped into another car. Encik husband sebenarnya mengejar nak lepas red light, tup2 makcik depan kereta kitorang tu emergency brake. Encik husband dah brake tapi disebabkan hujan, jalan licin dan keretaku takde ABS, dengan jayanya kereta kitorang menghentam Vios makcik tu. Alhamdulillah kitorang (dan makcik tu) takde pape, cuma keretalah teruk. Dan nasib baik Baby Humaira kami tinggalkan dengan my mom. Alah nak letak gambar tapi tak jumpa mana hp encik husband ni. Kami telah kerugian hampir 1K kerana insiden ni. Tapi takpelah, bak kata encik husband, mungkin 1K tu bukan rezeki kami. Esok kereta siap. Harap-harap keretaku akan kembali cun seperti asal. Moral of the story : Belilah kereta yang lebih tahan hentaman (bukan buatan Malaysia?) dan yang ada ABS. Bila dah eksiden camni, keinginan untuk menukar kereta makin menebal dalam hati kami berdua. (sebenarnya encik husband je). Tapi kereta satu lagi kene maintain sebab takde maknanya pakai satu kereta jek, ofis masing-masing lain-lain jalan. Ditambah dengan encik husband yang selalu out-station & balik lambat. So, kereta yang mungkin mampu dimiliki bukan buatan Malaysia yang menjadi pilihan samada:
  1. Honda City
  2. Toyota Vios
  3. Suzuki Swift (pilihan yang paling tak munasabah & tak praktikal & kecil tapi saya suka ok!)
  4. Nissan Grand Livina? (macam akak-akak jek bawak Livina, sebab kalau kat ofis saya, akak-akak yang berusia 30 tahun ke atas yang beli Livina ni hehe)
Dan kereta pilihan buatan Malaysia ialah Persona.

Tengok hujung tahun ni kalau ade bajet ye. :-)

Encik husband will be going to Taiwan & Hong Kong a week after Raya for 3 weeks for work!!! Argghhh sedihnya hopefully I can handle everything & especially our baby well. :-( He was supposed to go there a week before Ramadhan but because of the mayhem caused by H1N1, TM has postponed the deployment thing to after Raya. Nampaknya open house Raya kami pun akan delaylah.

Sorry guys, was too occupied with the little lady I don’t even have time to reply the comments in the earlier entry. Arghhh rindu giler kat korang semuaaaaaaaaaaa!!

Mademoiselle Mell – kurus sangat ke ni aku rasa biase jek. Perut konfemlah tak menggelebeh ok. :-) Btw, aku makan jamu Amway tapi tu pun tak abis sebab malas. Kalau betul2 makan & continue berbengkung, aku rasa sure lebih kurus dan solid hahaha! Tapi ni bulan puasa dah start pakai girdle. Yeay cant wait to see you! Akhirnya kau pulang jugak ke pangkuan keluarga tercinta. Wow dress from Asos untuk mummy baby takde ker?

Cik Chunkie - hahahaha sangat lawaklah kamu 'ini mendatangkan kemarahan'?? Alah entahlah takdelah buat ape-ape pun, tiba-tiba je badan ni nak kurus. Tapi ni pun tak kurus sangat. Gemok skit jugaklah dari before pregnant. Hello kamu dah cukup kurus ok pleaseeeeeeeeee! Jangan perasan gemok lagi dah!! ;-) Take care babe! <3

Puan Fadilah Hani - yup cik, silakan datang ke teratak kecilku in Puchong untuk melawat. This weekend insyaAllah balik Shah Alam.

Puan Shuhada Zainon - thanks Auntie Shu! Pelok ciom for Aqeel please.. :-)

Mek Mur - ni satu lagi, manede cepatnya mek oi aku kurus. Ni semua terselindung di sebalik baju yg agak besar. Hehehe.

Mama Farahazmin - yup, sangat copycat muka Papa dia kan?

Cik Hani Hot - ni dua lagi, takde maknanya cepat kurus. Biasa-biasa je ni (ecewah!) Sorry beb, memang tak menyempat nak online once you have a baby who needs yr attention 24/7. Yup pipi Humaira sangat tembam. Bila nak datang gomol (bukan gomel lah haha) Humaira ni????

Puan Yana – takde maknanye nak share rahsia kurus bila ko tetap sampai bila-bila akan lebih kurus dari aku. Aku share rahsia nak dapat baby nak tak? Bila nak datang visit aku ni weh?

Puan Pero – ok aku dah update ni, sila baca secara berulang selama 7 hari berturut-turut. Dan aku takde rahsia kurus pun beb, maybe sebab breastfeed religiously walaupun bukan exclusively. Takpe bulan puasa ni pun sure ko akan kurus lagi. Sebenarnya ko dah kurus pun, jangan perasan gemoks jugak.

Cik Thirahku – a’ah dah pandai ’ek-ek’ dan sangat bising skrg. Tak sabar nak tunggu dia pandai meniarap sendiri pulak! And thanks, I know Mama Humaira pun comel jugak. Hehe. Athirah rindu ko!

Bakal Puan? Shera – Sher, ni memang anak bapak yek. Papa dia je yang pandai tidurkan dia kalau dia cranky and tanak menyusu. Mengada lah nak kene jemput ke nak datang rumah aku sayang? kamu nak datang bila-bila pun boleh (dengan syarat aku ada kat rumah lah time tu..) aku sentiasa menerima dengan pintu terbuka. Bila nak jumpaaaaaaaaaaa korang semua ni????????????

Cik Hida – Alhamdulillah, yup aku pun ingat lagi masa kat depan rumah tu, hehehe. Auntie bila nak datang tengok anak buah ni? House-warming insyaAllah after Raya lepas Faiz balik from outstation. Kita tengok nanti camne. :-)

Puan Kopi - a'ah bila awak nak datang tengok kitorang ni? Last weekend memang balik Seremban pun, this weekend insyaAllah balik Shah Alam. Tapi sure bukan turn awak balik sini kan? Takpelah, ada banyak masa lagi, dun worry. Humaira pun takdelah besar cepat sangat kot.. :-)

Penat baca perkataan kurus dalam komen korang (ecewah ada unsur-unsur perasan ke ni?).

Ok, last but not least, have a blessed Ramadhan everyone!!!

Wednesday, August 19, 2009

Powered by W1max

At last.. a proper internet connection at home. We took up the P1 W1max package, after a frustrating answer of 'no coverage at your area' (wth??) from TMnet last Friday. Encik husband sangat bengang hinggakan dia telah membambu staff TMpoint. Memang patut pun, awal-awal taknak cakap. So far tengok W1max ni laju je. Dila dah kecoh suruh accept Barn Buddy request dia cepat. Even Aza yang tak sampai sebulan bukak account FB pun dah sibuk bercucuk tanam. Helloooo, saya sangatlah tak berkesempatan sekarang nak online apatah lagi bercucuk tanam. Kasi settle update blog ni dulu. At least an entry a week, dah cukup baik la tu. Baby tengah tidur ni tu yang boleh curi-curi online ni.

I've started working since Wednesday last week. Baby Humaira dengan sangat berat hatinya terpaksa dihantar ke nursery - the only option we had. Sedih jugak sebab kesian kat dia, baby sangat lagi dah Mama hantar ke nursery. Tapi Alhamdulillah, dah 6 hari ni, nampak semua ok. Baby pun baik-baik je bila Mama jemput balik dari ofis. Luckily dapat jugak nursery untuk baby, two weeks before dah round-round dengan encik husband at the nearby area cari the best nursery for her. Ada tu yang mahal giler, ada pulak yang macam sedih sangat tengok condition rumah dia.

Izzah Humaira is getting smarter! Dan dah makin kecoh-kecoh mulut dia bercakap dengan Mama & Papa. Last Saturday ke klinik for her 2nd month jab. Nangis kuat sangat lepas doctor cucuk, but just for a minute. Lepas tu, dah bising-bising balik dah mulut dia. I'm so proud of you, sayang!! Oh and she's 68 days young today at 4.4kgs (weight as at last Saturday). We love our beautiful baby sooooooooooooooooo much!

Muka mencebik sebab Mama tanya dia kenapa tido kejap sangat
A minute after.. yeay!! :-)

I have too many things to sum up in an entry. So let these few pictures do the talking, ok?
During the Sedundun girls+husbands & fiance's visit on August 1. Thanks a lot sayang-sayangku for coming!
Saya yang sudah kurus semula
Humaira & her cousin Hilmy, during kenduri doa selamat on Aug 2
Lil Adham (who is not so little anymore) tengah kacau adik-adik dia..

On Baby Humaira..
Tengah test tilam baru yg Papa belikan nak letak dekat nursery. Dah makin semangat tak?
Papa's shoulder = Her favourite!

And here, a few clips of her. Aunty Hani, aunty konfem dah boleh dukung Humaira sekarang!!! :-)




Till then, Mama Humaira nak tidur dulu, ok? ;-)

Thursday, July 30, 2009

Of so much things

Finally!

Ok I need to type this quick before Humaira wakes up.

Tensen ok takde internet kat rumah ni. Arggh! I am in need of a decent internet connection in this house soonest possible! Sekarang ni cuma boleh mengharapkan ihsan Celcom 3G broadband encik husband je untuk online. Yang terhad pada waktu malamku yang tidak sibuk dengan menatang baby Humaira - iaitu bila dia tidur dengan nyenyaknya seperti sekarang ni. Dah gatal-gatal tangan nak online shopping untuk baby.. hehe. Eh ok baru teringat nak kena bayar bil & loan kereta. Huhuhu ;-)

I'm back in Puchong since last week. Handling the little lady + house chores alone? Waahhhh memang sangat mencabar! Letihnya masyaAllah menjaga baby bila dia meragam, Ya Allah Tuhan saje yang tau. Especially bila dia mengganggu tidur Papa & Mama for several nights since we got back here. My mom, masa first day kami balik ke rumah sendiri ni, sampai 5 kali ok call tanyakan cucu dia ok ke tak, ade kena gigit nyamuk ke tak. Punyalah risau dan rindu kat cucu kesayangan dia ni. My confinement period ended last weekend. Itupun hari ke 42 dah selamat berjalan jauh ke Manjung to my brother in-law's house for kenduri. And we met Muhamad Ashraf Hilmy for the first time! He is Adham's little brother who was born only five days earlier than Humaira.
Lil Humaira & Hilmy
After the Isya' prayer. Masa ni semua tetamu tengah sibuk makan dan suasana sangatlah bising tapi rilek je si kecik dua orang ni tidoq

My baby ni bila di rumah orang kan elok je tidur dengan lenanya dan aman je rasa Mama rasa, senang nak bawak anak dara sorang gi jalan. Tapi, kalau kat rumah ni, bila Mama tutup fridge je atau jalan pakai slipper tu terkuat sikit bunyi seretnya kat lantai, dia sure terkejut. Nasiblah tak nangis. Oh haritu ke Manjung naik kereta Tok Abah dia, elok je Alhamdulillah tidur di atas pangkuan Mama sepanjang perjalanan. Mula-mula konon-konon je Papa dia & Acik Lina dia nak gilir-gilir pangku, tapi last-last Mama jugak yang tabah sampai ke akhir. Sampai sakit-sakit pungkoq. By the way Sher, comforter yg kamu bagi memanglah sangat berjasa padaku buat tempat tidur baby, merata aku usung, lagi-lagi bila travel tak bawak kereta sendiri, lecehlah nak bawak bakul bagai. Humaira was 3.8kgs on her 40th day. Tah-tah harini dah 4kg pun. Dia dah makin berat! Dan dia sejak seminggu ni dah macam pandai melayan cakap Mama. Senyum & gelak pun macam dah pandai sikit-sikit. The below vid were taken just before dia nangis-nangis-nangis sebab perut kembung. Patutlah nampak macam tak selesa je baby ni. Cian anak Mama..


Housewarming memang tak sempat nak buat sekarang, maybe sekalilah dengan open house Raya. This coming weekend ada kenduri kesyukuran sempena pindah ke rumah baru ni, cuma mampu menjemput close relatives je disebabkan ruang rumah yang terhad. Nanti open house pun nak kena buat 3 kali - 1 untuk family & relatives, 1 untuk kawan-kawan SSP (ini memang kena buat asing ok!) dan 1 untuk kawan-kawan UTM. Eh alamak lupa lak ada kawan-kawan RHB, IBIL, Shah Alam. Nampaknya berhari-harilah open house nanti ni. Sabtu ni pulak, my Sedundun girls nak datang visit dan membuli babyku bak kata Suraya. Tak sabar nak jumpa korang pleaseeeee!!! Yeay!

My weight? Dah turun ke 50kg. Bilalah nak hilang lagi 4 kilo ni? Tapi yang penting, jeans kebanyakannya muat lagi, which means bahagian abdomen ke bawah masih ok. Hehe. tapi betullah jangkaanku kebaya-kebaya & shirt & blouse kebanyakannya dah tak muat sebab ketat di bahagian dada. Arghhh! Menyesal beli baju-baju yang agak sendat before ni (read: muat-muat). Nampaknya kenalah shopping baju kerja next week. Tak best giler ok next 2 weeks dah nak start kerja balik. Em baby ni pun tak cari lagi nak hantar mana. Ingat nak hantar nursery depan rumah ni, nak survey sikit yang mana satu ok. Kesian baby..

Ok ok till then. Esok first time kitorang nak bawak baby keluar nak beli groceries & etc. Hopefully baby ok & tak meragam. Wish me luck! :-)
First time baby jalan jauh - on our way back to my kampong with my parents, baby kena duduk dalam basket.

Tuesday, July 14, 2009

Humaira - 1 month

Wow. When was my last entry?

So, Humaira is already a month-old. Alhamdulillah, she's getting healthier (badan makin sehat!) & tembam, tapi takleh lawan Zayyan kamulah, Mek. Not really sure how much she has gained now, since I haven't bring her to the clinic for any checkups. I think she's already 3kgs, sebab bila naik bathroom scale kat rumah ni dengan dukung dia adelah minus plus 3kg. Hehe. Sangatlah tak accurate kot!

Ini gambar close-up. Jangan terpedaya dengan lengan yg nampak gebu tu sebenanrnya baru sama panjang dengan sejengkal tangan Mama.

Memang anak Papa pipi tembam!

Oh and sadly, I'm still over 50kgs!!! 51kgs to be exact! Bilalah nak turun ke 46kilo ni? Haha yelah tu, makan nasi pun kadang-kadang lagi banyak dari encik husband. And I've skipped wearing the bengkung since like the 8th? or 7th day berpantang. Arghh!! Body shape pun adelah dah lari sikit. Ecewah nak jugak sikit tu! Especially my bust. Tadi saje try balik kebaya nikah, ok muat lagi (suke!) tapi ketat giler di bust area. Habislah semua kebayaku! Pinggang pun dah tambah 2-3 inci. Pinggul? Sangat tak percaya bila Kak Maz, my tailor cakap, "Eh, takdelah besar pun". Muahahahaha. But I won't tell the number. Yahoo!! dan suke jugak sebab baju raya dah berjaya ditempah! Jadilah akak melaram tahun ni!

We'll be going home (to our own house) this weekend. Sangat tak sabar but at the same time I'm a bit worried sebab tak sure how we are going to adapt with everything with Humaira around. Hopefully everything will turn out fine, InsyaAllah. Rasa macam sedih jugak nak balik sana sebab kalau kat rumah Mak ni, senang hati sikit kalau Humaira meragam, dia tau je nak pujuk cucu kesayangan dia tu. I'm pretty sure my mom will be a bit sad with us going back to Puchong sebab lepas ni, bila dia balik dari ofis petang-petang, dah tak dapatlah dia nak peluk ciom gomol cucu dia tu.

Reading Pero's comment in my earlier entry membuatkan saya tergelak besar!Anonymous
Pero said...

mizah!!!

aku mimpi baby ko semalam.aku mimpi aku ambik die dr faiz nak dokong.skali baby tu meronta-ronta then pelepek jatuh.baby pun nangis.ko pun marah faiz sbb bagi kat aku.ko ckp nanti aku dpt baby ko nak balas dendam.wahwahwah...

7/14/2009 8:37 AM

Ini membuatkan aku takut nak bagi kamu pegang baby aku! By the way, mimpi kamu memang lawak giler, aku terbayang-bayang muka ko sekarang ni ok!

Ok, till then, nak tidur dulu.