Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lilypie

Thursday, December 25, 2008

An entry on the chrismast hols

Tatong's wedding is today but I didnt go. She may not read my blog but I'm wishing her (di angin bayu) a wonderful & blessful marriage, InsyaAllah.

I 've sent about a hundred wedding & honeymoon photos to be printed last weekend since we received a lot of albums as gift during our wedding months ago. I've put the wedding photos in this album which is my most favourite wedding album of all, given by cik Nadiya my ex-roommate yang paling comel dalam dunia.

Kata-kata ucapan yang sangat menusuk kalbu

Gambar-gambar honeymoon je belum sempat-sempat nak letak dalam album. Oh ok so tomorrow, encik husband & I will be going to Kuala Terengganu for 1)our second honeymoon & 2) to attend Fitri's weddding & if possible, Ana's wedding at her husband's side too & of course 3) to borong kaftan & keropok lekor.

These are a few pictures of the hipposfeeding-seeing session with my brothers last weekend.
Sedang mengintip badak-badak mandi
Percubaan memanggil badak-badak naik ke darat
Two young men who were so gembira to watch hippos being fedBergambar (agak jauh) di depan badak yang sedang mengunyah betik

Have a few tags to be done. I remember that I still owe cik Ali, Kak Kopi & cik Aila one tag each. So, let me start with the latest tag by Aunty Lela.

Tag ini bertajuk 16 Perkara Rawak :

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

***
  1. Saya sudah berkahwin dengan lelaki pujaan hati saya selama 6 bulan.
  2. Saya berkahwin dalam bulan Jun.
  3. Saya bakal melahirkan bayi saya, insyaAllah di dalam bulan Jun juga.
  4. Pagi tadi, saya ingin bersarapan roti sardin di restoran mamak pilihan saya tetapi tidak berpeluang kerana terlalu ramai pelanggan di situ.
  5. Saya dan suami telah keluar ke Jusco yang terdekat dengan rumah kami selepas selesai bersarapan.
  6. Suami saya telah berjaya membeli sepasang kaca mata hitam aviator yang agak mahal.
  7. Beliau kelihatan seperti seorang mafia (pada pandangan saya) bila memakainya.
  8. Saya juga tidak mahu ketinggalan dan saya juga telah berjaya mendapatkan sepasang kaca mata hitam tetapi yang murah di Vincci.
  9. Saya & suami saya sedang melayari internet di rumah mertua saya dan kami masing-masing sedang membuka Facebook.
  10. Jumlah rakan suami saya di Facebook telah menyamai jumlah rakan saya walaupun beliau baru juga menyertai komuniti Facebook itu.
  11. Saya berterima kasih kepada suami saya kerana menghadiahkan laptop beliau kepada saya kerana beliau ada laptop baru yang lebih canggih.
  12. Suami saya sedang bengang kerana gaji beliau masih belum masuk lagi setelah memeriksa akaun Maybank2U beliau.
  13. Saya akan bercuti sehingga hari Isnin ini.
  14. Saya sedang kelaparan ketika ini. Walaupun saya baru saja makan tengahari pada jam 2 ptg tadi.
  15. Saya pasti suami saya juga sedang kelaparan kerana beliau tidak makan tengahari tadi, cuma minum teh ais sahaja.
  16. Dan saya mahu mengajak suami saya pergi makan sekarang juga.
Di sini, saya Mama Mizah/Mummy Mijah ingin tag insan-insan seperti yang tersenarai di bawah :
  1. Aunty Athirah
  2. Aunty Aida Ngadiso
  3. Aunty Asnaida
  4. Aunty Aliza
  5. Aunty Anem
  6. Aunty Hida
  7. Aunty Erin
  8. Aunty Fathiyah
  9. hingga 16. dan semua aunty-aunty/uncle-uncle yang merupakan rakan kepada Mama Mizah.
Ok, I'm off to eat. Till I come back from Terengganu. :-)

Tuesday, December 23, 2008

Random

Last weekend, I went back to Seremban again, since the husband went outstation (again) to north. I joined my family to Abah's family day in Paya Indah Wetland last Sunday (morning), dan telah berjaya mendekati dan bergambar dengan hippo yg besar giler depan mata dengan jarak kurang daripada 1 depa. I will put up the picture later.

Today is Kak Su's birthday. Kak Su is one of my colleague (yg agak selalu di enterframe di sini) cum kakak angkat saya yang comel. Last Sunday, dia ada buat birthday party for her baby, tapi kami tak dapat attend; pagi saya di Dengkil - tengahari di Shah Alam ke wedding Nafis & Raha - petang ke rumah ibu saudara di Keramat sebab nak visit Ucu baru pulang dari haji. Dah tua rupanya Kak Su ni..hehehe. Ni idola saya sebab dah anak tiga pun, badan maintain kecik lagi. Semoga saya berjaya menurut jejak langkah Kak Su. Hehehehehe...
Happy 3* th Birthday, Kak Su!! hehe..

Both of us were on leave yesterday, hubby just got back from Sg Petani the day before. I went for another checkup in the morning. And we were soooooo thrilled to see that our baby has grown bigger than ever!!! This time we could clearly see the head & body, the tiny hands & legs & the backbone. Rasa macam kagum sangat sebab akhirnya dah nampak jelas rupa bentuk baby kami!!! Alhamdulillah, the baby is in healthy condition. Saiz baby dah lebih kurang 8cm (over 3 inches!), dan bila doc ukur pun memang betul-betul dah 13 weeks. So nampaknya baby saya membesar dengan sepatutnya dan jayanya. :-) Oh tapi, berat saya menurun pulak 0.2kg dari last month = 47.8kg!! Tak sabar pulak nak tau gender baby. Encik husband kalau boleh nak baby boy. Saya tak kisah, boy ke girl, asal baby sihat & sempurna.

I really can't wait for this coming Friday, sebab kami akan roadtrip ke Kuala Terengganu! Dah lama tak jalan-jalan. I hope that we'll have a smooth & safe journey, insyaAllah.

Ok, till then.

Wednesday, December 17, 2008

I love to (MUST) eat

Being pregnant means you're gonna eat twice as much as you normally do - that's very TRUE, at least for me!! Let's look at what I have eaten today. Heehehehe.

Morning
On the way to the office: 3 pcs of biskut Tiger
Breakfast, 9:00am : 2 slices of roti canai garing & air kopi o (sori sayang, kopi o yg sebenar bukan nescafe)
Morning snack before lunch : Finished half of the biskut Tiger paket : 6-7 pieces

Afternoon
Lunch, 1:00pm : 1 plate FULL (bukan separuh atau kurang) of rice, daging & kuah gulai kawah, sayur pucuk, sambal paru goreng
Mid-affternoon snack, 4:00pm :1 slice of bread, 2 pieces of biskut Tiger, 2 pieces of burger Malaysia, 2 pieces of kuih koci

Dan sekarang jam 5:42pm, aku sudah berasa lapar kembali.

Sekarang ni, every 2 hours kena makan, every 2 hours kena makan. Kalau boleh nak makan berat2, kalau setakat biskut/roti, sure perut akan berbunyi-bunyi dan kepala akan pening-pening macam nak muntah/ pengsan. Tapi, badan tak naik sangat pun. Setakat ni baru naik 2 kgs kot sejak pregnant.

Shera, thats why the other day, aku boleh nak makan lagi walaupun baru lepas makan nasi kenduri. Kamu kena memahami keadaan aku sebagai seorang ibu mengandung. Mak aku cakap, tak lama lagi gemoklah tu sebab asek makan makan makan makan makan makan makan makannnnnnnnnn!

Tuesday, December 16, 2008

Entering 2nd trimester

Alhamdulillah, I'm now three months pregnant - exactly 12 wks & 5 dys. I still experiencing mild nausea + bloating + few throw-ups now & then. But never heavy ones. Perut dah buncit skit, dah boleh rasalah ada something inside the tummy bila pegang-pegang perut ni. I can still wear all my clothes & jeans. Cuma rasanya 2-3 bulan lagi kena beli new pants. :-)

Ok I've put up my pregnancy tickers, finally! So kawan-kawan bolehlah check bape bulan dah saya pregnant ok. Please pray for me & my baby ye..

Love,
Mummy Mizah

Sunday, December 14, 2008

Meeting the SSPians

Another member of Sohabat9600 is married. Congratulations again to Pn Fadilah Hani. Attended the wedding yesterday in Putrajaya. These were the gorgeous girls who came.

Behind from left : Pn Dila (nantikan housewarming kt condo dia), cik Dadie, cik Shera (si bising..haha!), the newlyweds, Doc Ili (dengan slippers Germany), cik Pizah, cik CT.
Front from left : Pn Anem (makin cun sebab dah semakin curvy hehe), cik Thirah tudung Ekin, Mummy Mizah, Mummy Farah, cik Aliza, cik Hana & cik Effa comel.
Love u girls!!!!!!!

Rasa best giler jumpa semua mak-mak dara & anak-anak dara ni especially when I'm pregnant now, sebab semua orang macam concern giler & took extra care (haha!) of me!
Hana : Mizah, kenapa ko pakai high heels ni! Mana bolehlaa..
Effa : Eh jalan baik-baik ibu mengandung jatuh nanti..
Shera : Eh licin ni hujan aku amik kereta bawak sampai depan pintu (she really drove her car sampai betul2 masuk depan pintu Masjid Putrajaya! lepas tu semua orang pun ikut sekali masuk sampai depan pintu) - Eh Thirah kenapa ko suruh Mizah angkat air ni!!
Thirah & CT : Eh jalan baik-baik licin ni - Eh jalan perlahan jangan lari-lari! - Eh turun tangga baik-baik meh aku pegang!

Athirah has already posted an entry on yesterday's stories in her blog.

The coming SSPians wedding (Dec 08) - Eliza, Tatong & Dilarip.

Yeah, cik abang saya dah balik! Eiii rindu-rindu!

Friday, December 12, 2008

Home alone (not) without my Rambo

I'm at my parents' place right now. My husband isn't around since Thursday evening - working outstation for the 2nd time ever in JB. He'll only be back on Sunday. Sedih sedih coz I'm missing him very much. And for 3 nights in a row, saya tidur malam tanpa teman di sebelah. Takpelah, saya tidur dengan baby berdua je. Hubby suggested that I go back to Seremban, for at least saya tak sesunyi di rumah sendiri. And luckily last night, Mama insisted Lina to accompany me at home, eventho I've told her earlier that I would be fine staying at home alone. Hehe. Sebenarnya dah cuak-cuak jugak tinggal sorang-sorang kat rumah tu, Awal-awal lagi dah pergi lock pagar grill semua.Lepas tu, makan nasi awal-awal & terus duduk melekat depan tv, taknak turun-turun lagi. Masa nak siap-siap solat Isya', Lina call cakap dah ada depan rumah. Nasib baik..hehehe.. :-)

Oh yes. Teringat komen dari Umie & Haida in the previous entry. Yeee, saya masih ingat memori indah kita (read: my Sedundun geng) pergi PD pakai gamble je dengan time weekendnya orang punya ramai dari satu hotel ke apartment kita mencari tempat berteduh buat sehari semalam. Akhirnya kita berjaya jugak dapat apartment di Ancasa Resort. Saya terus mencari-cari gambar di PD waktu itu, tapi sayang sekali sebab everything were in my broken hard disk. At last saya jumpa this one picture dalam email, gambar naik banana boat. Opss saya cover rambut-rambut semua org dengan wig, hehehe.
Wanie (ketua kumpulan), Umie, Addib, Aida, Mizah, Payat & Atin. Tiada di dalam gambar/ tidak dapat turut serta : Meon (ekzema..cian), Suraya (sudah mula mengajar di Poli Sabak)

Best sangat masa naik banana boat ni! Especially bila kena jatuh tengah-tengah laut tu. Boleh tak Payat dengan ada sorang tu yg tak tau berenang dah panik-panik macam nak tenggelam. (padahal pakai life jacket?). Umie; I still & will always remember foreverlah ketulusan hati budimu membawa orang yg tak tau berenang tu masuk ke dalam swimingpul yg dia memang dah tak jejak giler lah; tapi eksyen nak masuk jugak. Dan kamu memang satu-satunya orang yg aku kenali yg amat mahir dengan renangan kuak dog/gonggong. Waaaah rindu giler kamu semua, Sedundun geng!!

Nasib baiklah orang yg tak tau berenang tu kahwin dengan org yang sangat pandai berenang. :-)

Oklah. I'm sleepy & I'm waiting for the call from encik husband anytime now.

Tomorrow's plan : Meet-up dengan Shera Thirah CT Hana at Putrajaya then off together to Fadilah's wedding. Yeay!

Wednesday, December 10, 2008

The vacation & a few more

And so I had a fun vacation with the family last weekend. I would like to thank my mom for sponsoring our accommodation. ;-) Hehe. The penthouse that we stayed was nice & spacious, and all of us got our own room with our own bathroom. Arrived PD around 10:30 pm since encik husband came home late from work in the evening & we were caught in a jam on the highway starting from Nilai exit waaaayyy until Seremban exit.
The view from our place

Saturday morning, we woke up to Mom’s nasi lemak & the news of the landslide tragedy in Bukit Antarabangsa. My condolences goes to the affected families. We spent time watching the latest news on the TV and went down to the beach around 9:00 am. Let me tell u guys first, my husband has always been skeptic on the cleanliness of the PD’s beaches. He always said “taknaklah mandi kat laut PD tu, nanti badan gatal-gatal, nanti ada penyakit kulit”, lepas tu nak banding-bandingkan PD dengan Pangkor. “Sayang tak tengok lagi pantai kat Pangkor punya cantik, air clear tak keruh macam PD ni”, so ok yes I haven’t reached Pangkor yet, but sangat tak fair banding-bandingkan Pangkor dengan PD sebab Pangkor tu pulau!! And as usual I would answer him that my family has been going mandi-manda at PD since forever tapi tak pernah pun gatal-gatal badan ke kulit ke. And he finally went into the water (of Port Dickson beach) for the first time in his life (hahahaha!). Kalau ikutkan, setengah jam je dia dah ajak naik pergi mandi kat swimming pool pulak. Orang dahlah belum puas mandi laut, lepas ni tah bila lagi nak mandi lautkan? Lepas baby keluarlah agaknya, InsyaAllah.
Orang yg gatal-gatal badan mandi laut PD

Oh and my husband is a very good & fast swimmer first time tengok depan mata tapi kejap je dah pancit. Hehehe. Nampaknya kenalah kembali rajin buat exercise / jogging kasi fit sikit. Yang bestnya mandi laut bersama suami ialah saya yang tak reti berenang ni boleh berenang tipu-tipu dengan berpaut macam naik kuda laut pada encik husband. Teringat masa gi mandi kat PD dengan Sedundun geng last 2 yrs, tak reti swim so berpaut pada Ume & Atin. Rindu rindu!
The whole Saturday evening were spent watching Pirates of the Carribean & eating wedges and keropok ikan goreng since the weather didn’t seem very promising. My mom has brought along the induction cooker and rice cooker and every cooking utensils possible to bring so that we wouldn’t have to go out to find some place to eat. And I didn’t throw up even once last weekend sebab perut sentiasa terisi & most probably because I constantly got to eat freshly cooked food by my mom.
Later at night after dinner, encik husband suggested taking a stroll along the beach. We were having our teh tarik by the beach at the hotel’s open kitchen when a group of musician approached us & offered to serenade us with a couple of songs. Hehe, terasa sangat romantik dihiburkan dengan alunan lagu dan petikan gitar berlatarbelakangkan bunyi hempasan ombak ke pasir dengan hembusan angin yg sepoi-sepoi bahasa. I did record a few minutes of their singing, dah upload kat Youtube but kat ofis ni takleh bukak Youtube lak. So later ok. Paling best lagu yg depa nyanyi - Hotel California.

The RM10 worth of teh tarik. Haii nasiblah sedap.

All of us had our last round of mandi-manda at the beach the next morning. And went back home around 12:00pm.

Sampai Seremban, encik husband ajak keluar gi tengok movie. So we went to watch The Transporter: 3. Emm best & oklah to watch. Tapi saya tak paham kenapa movie producers sekarang ni suka nak amik heroin Rusia / Ukraine atau yang sewaktu dengannya - Bond films especially. Kerana sesungguhnya saya rasa diaorang ni takdelah seksi pun dan loghat mereka tu pun saya rasa tak seksi. Mungkin orang putih rasa mereka seksi agaknya. Ileena dont tell your Rusia friends ok. ;-)

Hari Raya Aidiladha the next day, my mom cooked rendang ayam, kuah lontong, kuah kacang & nasi beriyani. Selang 2 jam je makan, selang 2 jam makan. Lepas tu sempatlah merasa sup daging korban before pulang semula ke Shah Alam that very evening around 4:00pm. Dan macam biasalah highway Seremban > Nilai tu memang jam jam jam padahal takde eksiden ape kebenda pun. Dan disebabkan boring jalan slow, saya suggest kat encik husband untuk main game "Kira bas 2 tingkat sampai 20 buah". Encik husband kata takkan cukup 20 punya sampai habis tapi akhirnya saya berjaya mengira 20 buah bas 2 tingkat sepanjang perjalanan pulang ke rumah kami. Yeah!! This game was invented by my brothers, ingat lagi dulu-dulu masa on the way nak gi Penang, adik-adik boring sangat dalam kereta diaorang pun main kira-kira bas 2 tingkat. Hahaha! Kamu semua boleh try sekiranya tersekat dalam kesesakan di lebuhraya semasa pulang ke kampung. :-)

Wahh oklah. Till then.

Friday, December 05, 2008

Weekend is just around the corner!

Ok, I'm still working today.. :-( but only for half a day. So by 12.15 I shud be out of here! I can't wait to go to PD to see my family. Dah dekat sebulan tak jumpa mak. Tapi nak tunjuk perut besar pun takleh lagi, sebab baru buncit skit je.

To you girls, especially Shera, Thir & Erun, don't worry too much ok aku jalan-jalan ni. I won't be doing any extreme activities. Ni esok aku dok tepi laut je /berendam-rendam je/ brisk walking je seperti saranan Doc Shu.

"as for the pregnancy, hope sumenye ok..aku cadangkan kau stay active in terms of berjalan kaki/brisk walk as exercise. im not an expert in this (aku in training nak jadi expert tapi just after bayi dah keluar dr perut mummy la, dlm kandungan bidang org lain hehe), tp ive seen cases kawan2 yg cergas time mengandung (berpada2 la, u know ur body well) then time bersalin sgt mudah sbb sgt aktif exercise/byk jalan kaki.."

Semoga kamu berjaya di sana dan semoga kamu cepat pulang bekerja di Malaysia supaya kamu boleh menjadi Paediatrician kepada anak-anak kami. Seriously, aku sanggup hantar baby kepada kamu walau di hospital mana pun kamu kerja ( kalau di KL lah). Bila nak merasa jumpa doctor kawan sendiri ni ek?

May ALlah bless you cik Shuhada! :-)

Yeah lagi setengah jam nak chiow! Till then.

Wednesday, December 03, 2008

Menantu di rumah Mertua

Saya sedang bersiaran secara langsung dari rumah ibu mertuaku sambil menonton drama Mertua Vs Menantu. Hehe. Best ok cerita Mertua ni. Both me & my MIL (menantu & mertua) mesti tak miss cerita ni every week. You guys should watch it. I don't really like Erra before this, but her character in this drama is super-cuteness & super-coolness!! :-) I've been influenced by your super-vocab, Erin.
Walaupun encik husband selalu kutuk Erra, dan walaupun Dila & Aza cakap Aqasha muka orang tua (dia bukan muka org tua, dia cuma matured ok!), saya tetap suka menonton mereka. Mek Mur, best tau citer ni kamu ada teringin tak nak tengok bila aku cerita macam ni?

Its Mr Rambo; keenly checking his inbox. His hair has grown ok! walaupun baru je potong hari Ahad lepas. Geram betul! Tu nasib baik potong ala skin head. Kalau trim skit je haritu sure dah tak nampak macam trim dah.

I'll be taking leave on Friday & Tuesday. Yeay! Oh and another good news, encik husband maybe won't be working on shift anymore. I'm so relieved! So.. weekend ni bolehlah bermandi-manda dan bercanda di tepian pantai bersama. Hehehe.

Ok, till then.

Monday, December 01, 2008

Love love!!

My Mr Botak!